Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Hasbro Akan Lancar Stor Fizikal Pertama Transformers Sempena Ulang Tahun Ke-40

Hasbro Akan Lancar Stor Fizikal Pertama Transformers Sempena Ulang Tahun Ke-40

Diterbitkan Oktober 2, 2024 ยท Dikemas kini Oktober 3, 2024 oleh ariff bukhari

Event Merchandising dengan kerjasama syarikat mainan dan permainan terkemuka, Hasbro telah mengumumkan akan membuka stor kendiri fizikal pertama Transformers dan Peppa Pig di Stesen Janakuasa Battersea di London, UK pada November akan datang.

Ia sempena meraikan sambutan ulang tahun ke-40 dan ke-20, 2 francais kartun popular itu.

Kedai Transformers itu akan menawarkan sesuatu untuk peminat dari semua peringkat umur dengan produk dan hiburan terkini merentas filem, komik, mainan dan permainan.

Stor itu akan menjadi salah satu kedai destinasi terbesar untuk Transformers di UK yang akan memaparkan produk-produk yang ada di pasaran di bawah satu bumbung.

Pengguna akan dibawa melalui sejarah 40 tahun Transformers dengan mural grafiti penuh yang memaparkan robot Transformers dan Stesen Janakuasa Battersea.

Kedai Transformers dan Peppa Pig ini akan dibuka pada bulan November nanti di Stesen Janakuasa Battersea (Circus Rd W, Nine Elms, London SW11 8DD, UK).

Butiran lanjut akan diumumkan tidak lama lagi.

Berkaitan

  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • PUBG MOBILE Kini Berkolaborasi Dengan TEKKEN 8
  • Elakkan Kemas Kini Windows 11 KB5043145, Menyebabkan 2 Isu Utama Kepada PC

Sumber: licenseglobal

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY