Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HarmonyOS Akan Rasmi Pada April, Huawei Mate X2 Jadi Pertama Yang Guna

HarmonyOS Akan Rasmi Pada April, Huawei Mate X2 Jadi Pertama Yang Guna

Diterbitkan Mac 29, 2021 oleh Amsyar Latif

Fasa percubaan atau beta bagi sistem operasi terbaru Huawei, iaitu HarmonyOS sudah hampir kepada versi yang stabil.

Dengan ini, Huawei telah rasmi mengumumkan bahawa ia akan dilepaskan kepada umum pada bulan April ini.

Namun, telefon pertama yang bakal menerima naik taraf tersebut adalah telefon boleh lipatnya, Huawei Mate X2 dan telefon lain akan dapat kemas kini tersebut tidak lama lagi.

HUAWEI Mate X2 4 colors
Huawei Mate X2

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, siri P50 adalah pertama dalam barisan telefon Huawei yang menjalankan HarmonyOS secara terus apabila ia diperkenalkan.

HarmonyOS Huawei

Bermakna, siri Huawei P50 ini tidak didatangkan sistem operasi Android seperti mana yang ada pada telefon mereka yang lain.

Bercakap tentang P50, terdapat laporan dimana ia akan dilancarkan beberapa hari selepas HarmonyOS dilepaskan, iaitu pada 27 April.

Telefon tersebut telah pun diperlihatkan rekaannya oleh @HoilNDI yang mungkin ia tampil dengan kamera yang sangat unik.

Meski pun begitu, adakah anda masih mahu memiliki telefon Huawei walaupun ia hadir dengan spesifikasi yang baik tetapi kekurangan fungsi GMS agak menyusahkan bagi pengguna.

Sumber: gsmarena, IThome

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
©2026 WISER.MY