Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Harley Davidson Keluarkan e-Basikal, Bernilai Lebih RM17,000

Posted on Mei 25, 2022

Harley Davidson, pembuat motosikal terkenal, memperkenalkan model e-basikal atau basikal elektrik edisi terhad terbaharunya, Bash/Mtn.

Syarikat itu menggambarkan Bash/Mtn sebagai basikal gunung (mountain bike), kerana menampilkan bingkai dan fork aluminium sepenuhnya, tanpa suspension depan atau belakang.

Satu-satunya penyerap kejutan yang hadir dengan basikal ini ialah tempat duduk SR Suntour NCX, yang menawarkan perjalanan sehingga 50mm.

harley davidson
Sumber: The Verge

Bukan itu sahaja, Bash/Mtn direka dengan bateri 529Wh boleh ditanggal yang dikatakan akan memberi jarak antara 48 hingga 152km, bergantung pada rupa bumi dan mod pemanduan yang digunakan.

Pengecasan penuh bateri pula mengambil masa kurang dari lima jam.

Dilaporkan Bash/Mtn dijual pada harga US$3,999 (~RM17,567) dan Harley Davidson merancang untuk melancarkan sebanyak 1,050 unit sahaja.

Walau bagaimanapun, ia hanya tersedia buat pasaran Amerika Syarikat sahaja.

Sumber: The Verge

Gambar utama: The Verge

Baca juga:

  • ‘E-Hailing’ Boleh Bincang Harga, inDriver Kini Tersedia Di Langkawi
  • Pengguna Merungut Tambang Grab Mahal, Ini Jawapan Pemandu Grab
  • Pengguna Teksi Naik 40% Sebab Grab Semakin Mahal, Ini Aplikasi Alternatif

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress