Kurang dari 2 hari lagi, Google Pixel 6 akan dilancarkan. Namun harga yang akan ditawarkan pada peranti andalan (flagship) ini masih menjadi tanda tanya.
Sebelum ini, terdapat juga pendedahan harga promosi pra-tempah untuk peranti ini di Jerman dengan harga bermula €649(~RM3134).
Melalui hantaran M.Brandon Lee di laman Twitternya berkongsi gambar yang menunjukkan harga peranti ini akan bermula dengan harga $599 (~RM2497) untuk model Pixel 6 dan $898 (~RM3743) untuk model Pixel 6 Pro.
Here are the corroborated #Pixel6 and #Pixel6Pro prices in the Target inventory system in the US.
Pixel 6: $599
Pixel 6 Pro: $898Google has to be subsidizing this phone like crazy. This is insanity. #teampixel pic.twitter.com/OUBl8cXCBh
— M. Brandon Lee | THIS IS TECH TODAY (@thisistechtoday) October 18, 2021
Jika di pasaran Eropah pula, Amazon UK menganggarkan harga Pixel 6 Pro akan bermula dengan harga 849£ (~RM4097) untuk varian 128GB dan 949£ (~RM4579) untuk varian 256GB dan akan mula dijual pada 1 November seperti yang dikongsikan oleh Roland Quandt di Twitter
https://twitter.com/rquandt/status/1449810859807608836?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1449810859807608836%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2F9to5google.com%2F2021%2F10%2F17%2Fpixel-6-us-price%2F
Harga yang ditawarkan ini menjadi perbualan kerana ketika pelancaran Google Pixel 5, peranti berkenaan berharga $699 (~RM2914) dimana harganya lebih mahal daripada harga Pixel 6 ini.
Walaupun harga sasaran peranti Pixel 6 ini sudah diketahui, harga sebenarnya perlu ditunggu pada hari pelancarannya nanti, pada awal pagi 20 Oktober.
Sumber: @thisistechtoday
Baca juga:
