Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Maxis Tawar Perayauan Antarabangsa 5G Di Tiga Negara ASEAN

Posted on Oktober 18, 2021

Bergerak ke hadapan, Maxis kini menyediakan perkhidmatan perayauan (roaming) antarabangsa dengan rangkaian 5G di tiga Asia Tenggara iaitu Singapura, Thailand dan Indonesia.

Bagi pelanggan Maxis dan Hotlink yang ingin mengaktifkan perayauan 5G ini, mereka hanya perlu memilih rangkaian tempatan di negara tersebut seperti Singtel untuk Singapura, AIS di Thailand dan Telkomsel bagi pengguna Maxis/Hotlink yang berada di Indonesia. Pun begitu, pelanggan perlulah mempunyai peranti yang menyokong rangkaian 5G.

Untuk pelanggan Maxis, antara langkah yang perlu dilakukan adalah membuka aplikasi Maxis dan klik pada banner untuk melanggan.

Bagi pelanggan Hotlink pula, pelanggan boleh mengaktifkan perayauan 5G antarabangsa melalui Pass Roam Data atau melanggan secara manual dengan mendail *100#, pilih ‘International’, ‘Country’, kemudian pilih pas yang disediakan.

Pelanggan yang menikmati perayauan 5G ini akan dikenakan bayaran dengan kadar yang sama berdasarkan pakej perayauan 4G sedia ada tanpa sebarang caj tambahan.

Tidak berhenti setakat itu sahaja, Maxis juga merancang untuk meluaskan perayauan 5G antarabangsanya ke destinasi popular lain pada hujung tahun ini.

Sumber: Siaran Akhbar Maxis

Baca juga:

  • DNB: Kelajuan 5G Di Malaysia Sekurang-Kurangnya 1000Mbps
  • Maxis Mula Tamatkan Rangkaian 3G Di Malaysia, Bermula Di Terengganu
  • Pengguna Di 3 Lokasi Ini Bakal Menjadi Yang Terawal Menikmati Rangkaian 5G Menjelang Akhir Tahun Ini
  • Syarikat Yang Terpilih Untuk Membangunkan Infrastruktur 5G Malaysia Akhirnya Terjawab

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress