Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TRX tote beg

Harga Bag Tote ‘Apple The Exchange TRX’ Kini Dijual Lebih RM4,000

Diterbitkan Jun 24, 2024 · Dikemas kini Jun 24, 2024 oleh ariff bukhari

Nampaknya, segelintir pengunjung yang hadir di pembukaan rasmi stor Apple pertama di Malaysia, Apple The Exchange TRX telah mengambil kesempatan dengan menjual semula bag tote eksklusif itu yang diberikan secara percuma kepada pengunjung terawal.

Semakan awal di platform beli-belah e-dagang Carousell pada mulanya mendapati, sudah terdapat segelintir pengguna yang memiliki beg tote itu yang menjual beg tersebut pada harga bermula dari RM250 hingga RM550 sahaja pada hari yang sama pelancaran stor Apple itu.

Tetapi semakan terkini pada hari ini terdapat pengguna yang menawarkan beg tote itu pada harga cecah sehingga RM4,500.

TRX tote beg

Beg tote eksklusif itu didatangkan dengan kotak eksklusif dengan cetakan logo Apple dan cetakan teks “Apple The Exchange TRX”.

Manakala beg itu pula yang berwarna putih dihias dengan teks besar “JOM” berwarna emas dan cetakan teks “Apple The Exchange TRX”.

TRX tote beg
TRX tote beg
TRX tote beg

Ekoran itu, pengguna dinasihatkan supaya berhati-hati dan tidak terpedaya kerana mungkin ada dikalangan penjual di sini adalah scammer yang mengambil kesempatan.

Apple The Exchange TRX telah pun dibuka secara rasmi pada hari Sabtu, 22 Jun 2024 lepas yang telah dihadiri ribuan pengunjung.

Turut hadir merasmikan stor Apple pertama di Malaysia itu adalah Naib presiden kanan Apple bagi Peruncitan, Deirdre O’Brien.

Harga Bag Tote ‘Apple The Exchange TRX’ Kini Dijual Lebih RM4,000

Berkaitan

  • Nak Telefon Ada Kamera Potret Cantik Tapi Harga Tak Keras, Ini Anda Cari
  • Ini Sebabnya Apple Intelligence Perlukan Minimum iPhone 15 Pro
  • Ciri Apple Intelligence Mungkin Tidak Ditawarkan Di EU

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY