Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Harassment Manager

Google Ada Teknologi Untuk Lindungi Wanita Ketika Dalam Talian

Diterbitkan Mac 9, 2022 oleh Nadiah Ab

Bersempena dengan Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac semalam, Google dan Twitter telah membangunkan sebuah teknologi yang dinamakan “Harassment Manager” untuk melindungi wartawan dan “public figure” dalam menangani gangguan, di samping menekankan isu “ketoksikan dalam talian”.

Semakin hari semakin banyak perkara yang tak diingini berlaku di alam maya. Gangguan dalam talian amnya, merupakan perkara yang sering berlaku terhadap wanita di seluruh dunia.

“Harassment Manager” dibangunkan oleh unit Jigsaw dari Google bersama dengan Twitter, salah satu platform terkenal untuk para wartawan berkongsi cerita.

Menurut Jigsaw, mereka berharap teknologi ini direka untuk melindungi mangsa-mangsa yang menghadapi gangguan dalam talian, terutamanya wartawan wanita, aktivis, ahli politik, dan “public figure” lain.

Berdasarkan penyelidikan, kira-kira 70% wartawan wanita telah menerima ancaman atau gangguan dalam talian, menyebabkan 40% terus berhenti melaporkan berita.

Harassment Manager ini bukanlah satu aplikasi yang boleh dimuat turun. Ia memerlukan penerbitan untuk mengintegrasikan kodnya ke dalam perisian lain yang boleh digunakan oleh wartawan untuk menilai ciapan di Twitter.

Yayasan Thomson Reuters akan menjadi organisasi pertama yang menyediakan teknologi Harassment Manager ini buat para wartawannya. Dijangkakan akan dikeluarkan pada bulan Jun nanti.

Sumber: Business Wire

Baca juga:

  • Ciri “Articles” Twitter Baharu Bolehkan Pengguna Taip Dalam Format Panjang
  • Twitter Akan Ada ‘Close Friends’ Persis Instagram Yang Dinamakan ‘Flock’
  • ‘Twitter’ China Sekat 10,000 Pengguna Disebabkan Isu Sensitif Terhadap Ukraine

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY