Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Hanya Di Hujung Jari, BigPay Tawar Kemudahan Pinjaman Peribadi Secara Digital

Hanya Di Hujung Jari, BigPay Tawar Kemudahan Pinjaman Peribadi Secara Digital

Diterbitkan Mac 4, 2022 oleh Nadiah Ab

BigPay, sebuah syarikat modal teroka Capital A, semalam baru sahaja melancarkan kemudahan pinjaman peribadi secara digital sepenuhnya.

Kemudahan ini merupakan produk pinjaman peribadi pertama di bawah syarikat BigPay Later Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh dalam kumpulan BigPay dan pemegang lesen pinjaman wang digital.

Produk dari BigPay Later ini kini tersedia untuk pengguna terpilih dan kelak akan dilancarkan secara berperingkat kepada lebih ramai orang.

bigpay later
Sumber: BigPay

Pinjaman peribadi oleh BigPay Later ini ditawarkan bersama kadar faedah lebih rendah daripada kadar kad kredit standard dan lebih mudah untuk memohon kerana hanya perlu melalui proses digital.

Pengguna boleh menjana butiran pinjaman menggunakan kalkulator pinjaman dalam aplikasi BigPay untuk mengenalpasti kemampuan, kemudian mengisi butiran peribadi melalui aplikasi untuk memohon pinjaman.

Pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh BigPay Later ini dikawal sepenuhnya oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia (KPKT).

bigpay later
Sumber: BigPay

Tersedia dalam aplikasi BigPay, papan pemuka pinjaman menampilkan jadual pembayaran balik dengan pecahan ansuran pembayaran balik dan pilihan pembayaran automatik untuk mengelakkan pengguna dari ketinggalan dalam membuat pembayaran balik.

BigPay turut menawarkan beberapa produk kawangan terkawal termasuk akaun e-wang, kiriman wang antarabangsa, insurans mikro, dan belanjawan.

Untuk maklumat lanjut, layari BigPay.

Sumber: Siaran Akhbar BigPay

Baca juga:

  • Apa Itu BigPay? Ini Kelebihan Yang Boleh Anda Dapat Bila Gunakannya
  • KKMM: Keputusan Berkaitan 5G Akan Dimuktamadkan Jumaat Depan
  • Jom Rebut Dana Projek Inovasi Bernilai Sehingga RM300,000

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY