Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apa Itu BigPay? Ini Kelebihan Yang Boleh Anda Dapat Bila Gunakannya

Apa Itu BigPay? Ini Kelebihan Yang Boleh Anda Dapat Bila Gunakannya

Diterbitkan Oktober 2, 2019 oleh Haikel Areff

Pernahkan anda mendengar tentang BigPay?

BigPay merupakan satu sistem e-wallet yang membolehkan pengguna membuat transaksi dengan hanya menggunakan kad prabayar serta aplikasi di dalam telefon pintar anda. BigPay antara kad prabayar yang terbaik buat pengguna telefon pintar pada masa kini.

Apa Itu BigPay? Ini Kelebihan Yang Boleh Anda Dapat Bila Gunakannya

Kad prabayar mempunyai sifat yang hampir sama dengan kad debit, namun kad prabayar tidak dihubungkan terus dengan akaun simpanan anda. Kad ini hanya berfungsi setelah anda menambah nilai jumlah wang yang tertentu dan barulah ia boleh digunakan.

Sebagai contoh, jika anda menambah nilai atau mempunyai baki sebanyak RM30 misalnya, maka transaksi yang melebihi jumlah itu tidak akan diproses.

Kelebihan BigPay ini bukan sahaja menerusi telefon pintar, malah anda boleh membuat pembelian di mana-mana lokasi seluruh dunia yang menyokong MasterCard. Selain itu, anda juga boleh membuat pengeluaran wang di mana-mana mesin ATM.

Macam mana nak daftar?

  1. Muat turun aplikasi BigPay di telefon pintar anda, kemudian klik Sign Up
  2. Pilih negara Malaysia, masukkan nombor telefon, kemudian masukkan pula nombor kod pengesahan
  3. Letak kata laluan dan anda boleh mengaktifkan fungsi Face ID/Touch ID
  4. Klik Allow dan pilih  Only While Using the App
  5. Klik I Accept dan klik pula butang Let’s Start
  6. Masukkan butiran peribadi anda. Pada bahagian Referrals Code, masukkan kod LRSQQLMNRO
  7. Tangkap gambar kad pengenalan anda, kemudian anda perlu membuat pengesahan dengan mengambil gambar swafoto mengikut ketetapan yang dinyatakan
  8. Tunggu kad anda sampai, masukkan nombor CVV di belakang kad ke dalam aplikasi BigPay dalam telefon pintar anda
  9. Kad prabayar anda telah aktif dan boleh digunakan

Proses penghantaran kad ke alamat anda nanti akan di cas RM20. Jangan risau, RM20 tidak akan hilang, setelah anda menerima kad, wang masih ada.

Kelebihan BigPay

  • Dapat kumpul BIG Points Air Asia (BigPay merupakan e-wallet syarikat ternama itu)
  • Boleh tebus ganjaran dan nikmati penjimatan pembelian tiket penerbangan Air Asia

Apa Itu BigPay? Ini Kelebihan Yang Boleh Anda Dapat Bila Gunakannya

  • Boleh digunakan di mana-mana mesin ATM seuruh dunia (Kadar cas tempatan RM6, luar negara RM10)
  • Pertukaran wang asing dengan kadar yang terbaik
  • Boleh hantar dan menerima wang antara ahli BigPay dengan segera (seperti Instant Transfer)

Apa Itu BigPay? Ini Kelebihan Yang Boleh Anda Dapat Bila Gunakannya

  • Menyimpan rekod transaksi perbelanjaan anda dengan teratur
  • Pendaftaran aplikasi BigPay secara percuma

 

Sumber: BigPay

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY