Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Hanya Berharga RM38,888, Motosikal Ini Dilengkapi Skrin Sentuh 8 Inci Dan Apple CarPlay

Hanya Berharga RM38,888, Motosikal Ini Dilengkapi Skrin Sentuh 8 Inci Dan Apple CarPlay

Diterbitkan November 16, 2023 · Dikemas kini November 16, 2023 oleh ariff bukhari

Jenama motosikal dari China yang semakin meningkat naik, CFMOTO telah mula memasarkan model terbaru motosikal mereka untuk pasaran Malaysia, 800NK.

Antara ciri utama yang menarik perhatian pada motosikal naked ini adalah ia dilengkapi dengan skrin sentuh TFT bersaiz 8 incinya.

Selain memaparkan info penting seperi meter kelajuan, takometer dan status petrol dan suhu enjin, skrin motosikal ini juga membolehkan penunggang mengakses pelbagai ciri utama yang lain termasuklah sistem arahan suara, aplikasi Apple Car Play, sistem navigasi GPS dan lain-lain.

Hanya Berharga RM38,888, Motosikal Ini Dilengkapi Skrin Sentuh 8 Inci Dan Apple CarPlay
Kredit: Tangkap layar YouTube ICity motorworld.
Hanya Berharga RM38,888, Motosikal Ini Dilengkapi Skrin Sentuh 8 Inci Dan Apple CarPlay
Kredit: Tangkap layar YouTube ICity motorworld.
Hanya Berharga RM38,888, Motosikal Ini Dilengkapi Skrin Sentuh 8 Inci Dan Apple CarPlay
Skrin TFT ini juga kalis air IP67 dan kalis debu.

Ciri keselamatan 800NK ini juga dipertingkatkan dengan Advance Rider Assistance System yang dilengkapi ciri sistem pengesanan radar titik buta, perubahan laluan dan sistem amaran pelanggaran.

CFMOTO 800NK
CFMOTO 800NK bernadikan enjin bersasaran 799.5cc kembar selari yang sama dari model KTM Duke 790.

CFMOTO 800NK yang telah pun dilancarkan lebih awal untuk pasaran Eropah pada Mac 2023 lalu kini sudah tiba di Malaysia dan dijual pada harga RM38,888.

Untuk spesifikasi lebih lanjut tentang 800NK ini, layari laman rasmi CFMOTO Malaysia.

Berkaitan

  • Lakukan Ini Segera Atau Kandungan Gmail Dan Photos Anda Dipadam Bermula 1 Disember
  • ASUS Mohon Maaf Isu Salah Ejaan Pada Papan Induk ROG MAXIMUS Z790 HERO EVA-02 EDITION
  • Domino's Lancar e-Skuter dxb Dengan Suspensi Canggih Dan Ketuhar Terbina

Sumber: CFMOTO, Cycle World

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY