Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Domino’s Pizza

Domino’s Lancar e-Skuter dxb Dengan Suspensi Canggih Dan Ketuhar Terbina

Diterbitkan November 16, 2023 oleh ariff bukhari

Domino’s Pizza Enterprises Ltd (Domino’s) mendahului pesaing lain dengan
melancarkan skuter elektrik yang bakal membawa revolusi baru kepada industri penghantaran makanan.

Skuter elektrik dxb itu turut dilengkapi dengan ketuhar kipas aliran udara panas yang sedia terbina dan sistem penyerap hentakan yang direka dengan kepakaran jitu
untuk menjanjikan penghantaran paling lancar, pantas dan selamat bagi piza yang dibawa.

Domino’s Pizza
Domino’s Pizza
Sistem suspensi skuter elektrik ini mengurangkan tekanan-g sebanyak 67 peratus, mengurangkan gegaran pada piza anda, lantas membolehkan piza dinikmati seperti mana keadaannya semasa dibuat di restoran.
Domino’s Pizza
pizza pod dengan ciri kawalan suhu memastikan sajian anda kekal panas pada suhu 68 darjah Celsius untuk kesegaran optimum dan keadaan keju yang boleh ditarik.

Domino’s memaklumkan, dxb akan digunakan secara beransur-ansur di lokasi-lokasi terpilih di 12 pasaran Syarikat itu, termasuk Malaysia dengan rancangan untuk menggunakannya secara lebih meluas tidak lama lagi.

Berkaitan

  • Lakukan Ini Segera Atau Kandungan Gmail Dan Photos Anda Dipadam Bermula 1 Disember
  • ASUS Mohon Maaf Isu Salah Ejaan Pada Papan Induk ROG MAXIMUS Z790 HERO EVA-02 EDITION
  • Masih Berlanjutan, Beberapa Pemilik Kereta Lapor Isu Cas Tanpa Wayar iPhone 15

Sumber: Siaran media Domino’s

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY