Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
01 Haier Malaysia_Brand Shop SenQ Opening

Haier Tawar Diskaun Sehingga 50% Sempena Pembukaan Cawangan Ke-48

Diterbitkan Ogos 23, 2024 oleh Rushsyafizal

Haier Malaysia secara rasminya membuka cawangannya yang ke-48 di Melawati Mall dengan kerjasama senQ. Cawangan di Melawati Mall merupakan sebahagian daripada usaha pengembangan pusat peruncitan berterusan syarikat untuk meluaskan jangkauan dan lebih dekat dengan pelanggan dengan lokasinya yang lebih strategik.

Cawangan ini akan menampilkan reka bentuk dan tema yang dikemas kini yang bertujuan untuk mencipta senario dan ekosistem terbaik untuk pengguna merasai produk Haier.

Haier juga meningkatkan sistem sokongan perkhidmatan selepas jualannya. Menyokong komitmennya kepada pelanggan, syarikat sedang melaksanakan latihan komprehensif, untuk mengukuhkan dan membangunkan pasukan selepas jualannya bagi memastikan mereka mempunyai pengetahuan produk yang mendalam dan kebolehan menyelesaikan masalah untuk menangani kebimbangan pelanggan dengan lebih baik.

Haier Tawar Diskaun Sehingga 50% Sempena Pembukaan Cawangan Ke-48
Haier Tawar Diskaun Sehingga 50% Sempena Pembukaan Cawangan Ke-48
Haier Tawar Diskaun Sehingga 50% Sempena Pembukaan Cawangan Ke-48

Oleh itu, promosi istimewa untuk pelanggan bersempena dengan pembukaan cawangan terbaharunya dan sambutan Hari Kebangsaan, Haier Malaysia menjalankan promosi istimewa dari 22 hingga 25 Ogos 2024 untuk pelanggan menikmati diskaun sehingga 50% bagi produk Haier terpilih yang dibeli di cawangan Melawati Mall dengan pulangan tunai S-Coin tambahan sehingga 50% kepada pelanggan.

Berkaitan

  • Pengguna WhatsApp Kini Boleh Tambah 'Kegemaran', Ini Caranya
  • Pengguna Android Boleh Hasilkan Pelekat WhatsApp Lebih Mudah, Ini Caranya
  • Rasmi, Epic Games Kini Ditawar Di Peranti Android, Ini Cara Dapatkannya
  • Seakan Myspace, Pengguna Instagram Kini Boleh Tambah Lagu Pada Profil

Sumber : Siaran Media Haier

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY