Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MacBook Pro takuk

Gurman: MacBook Tak Boleh Nak Guna Teknologi Face ID

Diterbitkan Februari 8, 2022 ยท Dikemas kini Februari 8, 2022 oleh Amsyar Latif

Ketika mana MacBook Pro yang tampil dengan paparan bertakuk, ramai yang mengharapkan ia mempunyai sistem keselamatan imbasan wajah atau Face ID. Namun, perkara tersebut tidak berlaku.

Menurut wartawan terkenal, Mark Gurman, beliau mengatakan bahawa tidak ada teknologi yang membolehkan Face ID diletakkan pada barisan MacBook.

Perkara ini disebabkan paparan MacBook yang terlalu nipis sehinggakan teknologi tersebut tidak boleh digunakan.

MacBook Pro Baharu Dilancar – Paparan Bertakuk, Mini LED 120Hz, Kembalinya MagSafe

Jadi, jika Face ID ada untuk Mac, ia mungkin hanya akan ditawarkan untuk iMac. Malah, Gurman juga mengatakan sepatutnya iMac M1 sudah mempunyai Face ID dan Apple turut merancang untuk memberikannya nanti tetapi mungkin mengambil masa.

Oleh yang demikian, diramalkan iMac Pro, iaitu model iMac paling premium bakal disertakan Face ID. Cumanya, belum diketahui bilakah Apple akan mengemaskini model iMac tersebut.

Sumber: macrumors

Baca juga:

  • Apple Akan Perkenal Macbook Pro Mampu Milik Guna Cip M2 Tahun Ini

  • Apple Dilapor Sedia Lancar iPhone 5G Bajet Pada Mac Depan

  • Facebook Akui Mereka Akan Rugi RM42 Bilion Tahun Ini, Tuduh Apple Sebelahi Google

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY