Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Melihat Kata Laluan Pada Ruangan “Log In”

Guna Formula Ini Kalau Nak Cipta Kata Laluan Yang Padu

Diterbitkan Disember 9, 2021 oleh Amsyar Latif

Sebelum ini, nordpass telah berkongsikan 200 kata laluan yang kerap digunakan ramai orang di seluruh dunia. Di Malaysia, apa kurangnya. Kata laluan yang ramai guna masih lagi lemah.

“123456”, “123456789” atau “sayang” antara rakyat Malaysia jadikan sebagai kata laluan. Penggunaan kata laluan tersebut meletakkan akaun pengguna amat berisiko untuk diceroboh masuk.

Siapa yang ingin dipersalahkan jika akaun anda digodam?

Menurut laman security.org, mereka mendedahkan jenis-jenis kata laluan yang dipadankan serta berapa lama tempoh yang diambil untuk diceroboh pihak tidak bertanggungjawab.

Walaupun pengguna sudah menggunakan gabungan satu huruf besar+nombor+simbol, ia masih lagi mudah untuk digodam kerana kata laluan tersebut tidak cukup panjang.

Mereka mendapati dengan mencipta satu kata laluan yang hadir dengan 12 perkataan dan merangkumi huruf besar, simbol serta nombor akan mengambil masa sekurang-kurangnya 34,000 tahun untuk diceroboh.

statista password

Ini kerana kombinasi kata laluan sebegitu bakal memberikan kebarangkalian yang amat tinggi jika ada pihak yang cuba menceroboh.

Oleh yang demikian, anda boleh menggunakan formula sebegini jika mahu mencipta sebuah kata laluan yang cukup kuat. Sebagai contoh – Fred3GPTikTok46.

Bermakna, anda perlu menggabungkan abjad+nombor+simbol dan panjangnya sekurang-kurang 12 perkataan. Selain itu, anda turut disarankan untuk mengaktifkan pengesahan dwi-faktor (2FA) bagi mengelakkan akaun anda di log masuk sewenang-wenangnya.

Sumber: statista

Baca juga:

  • Adakah Orang Malaysia Senang Kena Tipu Dengan e-Mel Palsu?

  • Cara Pindahkan Kata Laluan Daripada Chrome ke Safari

  • 4 Perkhidmatan Urus Kata Laluan Terbaik Percuma Untuk Tahun 2021

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY