Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
gta 5

Hanya Mahukan Rasa Sebenar, Enjin Motorsikal Disambungkan Bersama Permainan GTA V

Diterbitkan Februari 7, 2022 · Dikemas kini Februari 7, 2022 oleh ariff bukhari

Jika anda rasa anda seorang pemain permainan video tegar Grand Theft Auto V, anda sebenarnya mungkin belum cukup setegar YouTuber ini.

Ini kerana YouTuber bernama Jatin menerusi akaun YouTube Teenenggr milikinya menunjukkan beliau menyambungkan enjin motorsikal sebenar bersama permainan tersebut.

Jatin melakukan modifikasi dengan menyambungkan pendikit minyak kenderaan yang dikawal dalam permainan itu bersama dengan enjin motorsikal sebenar yang diletakkan di atas meja komputernya.

Jadi apabila motorsikal dalam permainan yang dikawalnya itu dihidupkan, maka enjin motorsikal di atas mejanya itu pun akan turut  hidup dan kuasa enjin pula berdasarkan pendikit minyak motorsikal dalam permainan yang dikawalnya.

Untuk pengetahuan anda, Jatin bukanlah asing dalam ‘inovasi’ yang pelik-pelik.

Sebelum ini beliau pernah menjadikan mejanya seolah-olah seekor kuda bagi mendapatkan feel seperti menunggang seekor kuda dalam permainan Red Dead Redemption 2.

Sumber: thedrive

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY