Mungkin ada yang sudah melupakannya, permainan Cyberpunk 2077 yang dibangunkan CD Projekt Red (CDPR) pernah menjadi perbualan hangat pada dua tahun lalu.
Namun begitu, ketika mana dilancarkan, ramai peminat yang kecewa dengan hasil diberikan oleh pembangun yang menaikkan nama game The Witcher 3 itu. Ini kerana pepijat bersepah sana sini, permainan yang tidak dioptimumkan lebih-lebih lagi buat konsol generasi lama dan banyak lagi.
Walau bagaimanapun, CDPR hari ini secara rasminya melancarkan Cyberpunk 2077 buat konsol generasi baharu – PlayStation 5 dan Xbox Series S/X dan ia sudah tersedia untuk dimainkan.
If there’s one thing I can tell you about this city – you either love it or wanna burn it.
No middle ground. #Cyberpunk2077 pic.twitter.com/NnRPS8ExU3
— Cyberpunk 2077 (@CyberpunkGame) February 15, 2022
Menerusi kemas kini terbaru versi 1.5, ia menawarkan sejumlah penambahbaikan termasuk kandungan baharu (DLC).
Secara keseluruhan, konsol PS5 serta Xbox Series S/X kini boleh menikmati pengalaman baharu seperti ray-tracing dan menjalankannya pada resolusi 4K 60fps atau mod prestasi pada kadar bingkai 30fps.
Turut hadir masa loading lebih pantas, dynamic scaling dan versi PS5 juga dapat memanfaatkan tindak balas haptic daripada alat kawalan DualSense.
Bagi anda yang sudah memiliki Cyberpunk 2077 versi konsol generasi terdahulu – PS4 atau Xbox One, anda bakal menerima kemas kini permainan video tersebut secara percuma buat PS5 dan Xbox Series S/X.
Baca juga: