Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
GPU Intel Arc Alchemist Untuk ‘Laptop’ Akan Dilancar Bulan Ini

GPU Intel Arc Alchemist Untuk ‘Laptop’ Akan Dilancar Bulan Ini

Diterbitkan Mac 15, 2022 · Dikemas kini Mac 15, 2022 oleh Anis Maisarah

Pada 30 Mac 2022, Intel bakal melancarkan kad grafik bersepadu pertamanya untuk komputer riba. Ia mungkin hadir dengan reka bentuk seperti Acer Swift X yang ultra nipis dan dilengkapi dengan siri Intel Lake-P.

Selain itu, Intel juga mungkin akan melancarkan GPU berasaskan DG2-128EU seperti A350M dan A370M. Potensi yang diharapkan pada Intel Arc A370M tersebut adalah termasuk dengan peningkatan dua kali ganda bagi prestasi grafik berbanding grafik bersepadu sahaja. Di samping itu, produk tersebut diharap agar mempunyai juga ciri seperti berikut:

  • Sistem Intel Arc: Pemproses Intel Core i7-12700H 14C/20T,
  • Memori sistem 32GB 4800Mhz,
  • Grafik Intel Arc A370M,
  • Windows 11 Pro v10.0.22000,
  • Sistem Intel Core: Intel Core i71280P 14C/20T,
  • Memori sistem 32GB 4800 MHz,
  • Grafik bersepadu Iris Xe,
  • Windows 11 Pro 21H2 22000.493,
  • Versi pemacu 30.0.101.1029,
  • Jumlah kuasa (TDP) 28W.

Intel Arc Alchemist merupakan generasi pertama Xe-HPG gaming GPU daripada Intel. Syarikat tersebut juga menjanjikan pengenalan dua GPU pada tahun ini dengan sekurang-kurangnya 3 generasi di masa hadapan. Siri Arc ini mampu menyatukan CPU, grafik, media, paparan, I/O dan banyak lagi untuk menjadikan ia sebagai salah satu teknologi penting.

Sumber : Video Cardz

Baca juga :

  • Intel Kata Cip Laptop Baharu Mereka Paling Padu, Apple M1 Max Pun Kalah
  • Acer Swift 5 Dan Swift 3 Baharu Dilancar, Dilengkapi Cip Core Intel Generasi Ke-12
  • Kenali Intel 4004, CPU Pertama Di Dunia Tapi Dicipta Untuk Kalkulator

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY