Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Acer Swift 5 Dan Swift 3 Baharu Dilancar, Dilengkapi Cip Core Intel Generasi Ke-12

Posted on Februari 24, 2022

Acer baru sahaja melancarkan model baharu untuk siri Swift mereka iaitu Acer Swift 5 (SF514-56T) dan Acer Swift 3 (SF314-512).

Acer Swift 5 dijana cip Intel Core generasi ke-12 bersama Intel Iris Xe dan dilengkapkan LPDDR5 sebesar 16GB serta SSD sehingga 2TB. Untuk paparan, ia mempunyai skrin sentuh WQXGA dan nisbah badan setinggi 92.22% dengan nisbah aspek 16:10.

Selain itu, ia juga hadir dengan sokongan pengimbas cap jari untuk Windows Hello dan mempunyai pengiktirafan Evo daripada Intel. Mengecasnya selama 30 minit mampu memberikan ketahanan bateri lebih 4 jam.

Acer Swift 3 juga turut dijana cip Intel Alder Lake bersama storan SSD sebesar 2TB. Ia mempunyai skrin bersaiz 14 inci QHD atau FHD untuk skrin sentuh, sokongan Wi-Fi 6E dan HDMI 2.1. Pengecasannya selama 30 minit juga memberi kemampuan untuk komputer riba hidup selama 4 jam.

Spesifikasi lengkap mungkin berbeza mengikut rantau pasaran. Acer Swift 5 mula dijual di Utara Amerika  pada harga ~RM 6,290 ($1,499) manakala Acer Swift 3 pada ~RM 3,570 ($849.99).

Sumber: Siaran Akhbar Acer

Baca juga:

  • Siri Acer Vero Diumum – Produk Yang Dihasilkan Daripada Bahan Kitar Semula
  • Acer Malaysia Akan Bagi Baik Pulih Produk Yang Terjejas Sebab Banjir
  • Bajet Ada Sekian-Sekian, Model Laptop Mana Yang Sedap?

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress