GoPro Perkenalkan Model Terbaru Kamera Aksi HERO8 Black Dan GoPro MAX

Juga 3 aksesori terbaru khusus untuk digunakan bersama HERO8 Black.


Pembangun kamera aksi terkenal GoPro telah pun memperkenalkan model terbaru kamera aksi mereka pada 1 Oktober lalu iaitu Hero8 Black. GoPro menyatakan prestasi HERO8 Black dipertingkatkan dengan ciri penstabilan video HyperSmooth 2.0, lensa digital terbaru serta boleh dipadankan dengan aksesori terbaru khusus direka untuk HERO8 Black.

Aksesori terbaru GoPro ini terdiri daripada 3 perkakasan berbeza iaitu Media Mod, Display Mod dan Light Mod.

Kapsyen: 3 Mod HERO8 Black, Media Mod,  Light Mod dan Display Mod.


Bagi Media Mod, ia dilengkapi dengan mikrofon 'shotgun' untuk rakaman audio yang lebih berkualiti. Kesemua mod yang dijual disertakan bersama pek baterinya sendiri.

GoPro Hero8 Black menyokong rakaman video sehingga 4K 60FPS dan mengambil gambar HDR 12 MP serta beberapa lagi ciri menarik yang lain seperti rakaman video perlahan  TimeWarp 2.0 , SuperPhoto, Live Burst dan Night Lapse Video.

Kamera aksi terbaru GoPro Hero8 Black ini berharga USD399 (sekitarRM1675) sebuah.Manakala 3 aksesorinya iaitu Media Mod berharga USD80 (sekitar RM336), Display Mod berharga $80 (sekitar RM336) dan Light Mod pula pada berharga USD50 (sekitar RM210).

https://www.youtube.com/watch?v=Mh-x8kbJT5k

Untuk info lanjut HERO8 Black, sila layari laman rasmi GoPro.com.

GoPro MAX


Selain memperkenalkan HERO8 Black dan aksesori terbarunya, GoPro turut perkenalkan sebuah lagi kamera aksi terbaru yang dipanggil sebagai GoPro MAX.

Ia merupakan kamera aksi yang mampu merakam video bersudut 360 darjah pada resolusi 5.6K30  menerusi dua kamera pada bahagian hadapan dan belakang yang ada padanya.

Kapsyen: GoPro MAX Dilengkapi dengan 'mounting' terbina dalam serta skrin sentuh.


Malah pengguna turut boleh membuat penstriman video langsung 1080p menerusi MAX. GoPro MAX juga turut dibina dengan ciri  kalis airyang mampu menahan kedalaman sehingga 5 meter.

GoPro MAX akan dijual pada penghujung bulan ini pada harga USD499/unit (sekitarRM2095). Untuk spesifikasi lanjut, sila layari laman rasmi GoPro MAX.

https://www.youtube.com/watch?v=jMUEWM45i-0