GoPro Hero9 Black kini dilengkapi dengan sensor kamera yang menyokong rakaman video 5K dan fotografi 20MP.
Ciri rakaman penstabilan video HyperSmooth 2.0 pula dinaik taraf kepada HyperSmooth 3.0.
Menjadikannya lebih menarik, skrin hadapan kamera aksi ini juga kini lebih besar (kini bersaiz 1.4 inci) serta berwarna.
Kapasiti bateri GoPro Hero9 Black turut ditingkatkan di mana kini ia 30% lebih besar dari model GoPro Hero8.
https://www.youtube.com/watch?v=xYX6b1-9Coo&feature=emb_logo
Selain produk utama, Gopro juga melancarkan aksesori lena terbaru khas untuk Hero9 Black.
Lensa Max Lens Mod itu dijual berasingan pada harga USD99.99. Lensa tersebut dapat meningkatkan saiz resolusi video sehingga 2.7K60 untuk ciri rakaman ultra lebar Max SuperView.
Aksesori tambahan lain termasuklah Display Mod (USD79.99) dan Light Mod (USD49.99) turut dilancarkan.
Harga jualan GoPro Hero9 Black untuk pasaran Malaysia adalah berharga dari RM2,099.
Untuk info lanjut, layari laman rasmi GoPro.com atau layari laman facebook GoPro Malaysia bagi mendapatkan tawaran menarik sempena pelancaran model terbaru kamera aksi tersebut.
Berkaitan
- GoPro Peroleh Syarikat Perintis Teknologi Helmet Motorsikal, Forcite
- Anda Juga Boleh Jadi Penerbit BLACKPINK Menerusi Aplikasi Rasmi 'BLACKPINK The Game'
- GoPro Lancar HERO12 Black, Rakam Video Selama 155 Minit
- BlackBerry Kukuhkan Keselamatan Siber Malaysia
- Hero Filem Black Panther Maut Akibat Barah Pada Usia 43 Tahun
- Black Shark Bakal Menyokong Kapasiti Pengecas 100W
- Barisan Apple MacBook Pro Kini Dengan Warna Baru, Space Black
- GoPro Hero 9 Akan Dilancarkan Pada 16 September Ini
- Black Shark Powerbank Berkapasiti 10,000mAh Dilancarkan
- BlackBerry 10 Dan BlackBerry OS Services Akan Ditamatkan Tahun Hadapan