Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
gopro hero 9

GoPro Hero 9 Akan Dilancarkan Pada 16 September Ini

Diterbitkan September 15, 2020 oleh ariff bukhari

Pengeluar kamera aksi terkemuka GoPro telah mendedahkan tarikh rasmi pelancaran model terbaru kamera aksi mereka iaitu GoPro Hero 9.

GoPro Hero 9 yang dikhabarkan akan mengalami beberapa perubahan utama akan dilancarkan pada 16 September 2020.

09.16.20 #MoreEverything
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀https://t.co/45sp1d7Lsg pic.twitter.com/ZLhRSVMTzP

— GoPro (@GoPro) September 13, 2020

Antara ciri utama terbaru yang akan disokong oleh GoPro Hero 9 adalah seperti sokongan rakaman pada resolusi yang lebih tinggi, kapasiti bateri yang lebih besar serta paparan skrin hadapan berwarna.

Perisian terbina dalam bagi GoPro Hero 9 juga akan dinaik taraf termasuklah ciri penstabilan imej HyperSmooth 3.0 dan ciri selang masa TimeWarp 3.0 yang lebih baik.

Malah rakaman kadar bit video, mod HDR dan imej RAW juga dijangka akan ditambah baik.

Sekaligus para peminat bakal menyaksikan harga GoPro Hero 9 yang akan sedikit lebih tinggi berbanding model-model terdahulu.

Sumber: Tech Tadar

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Permainan Telefon Pintar Cara Unik Jepun Selenggara Tiang Utiliti
  • Windows 11 Kini Lebih Responsif Pada PC RAM 8GB, 'Multitasking' Sehingga 40% Lebih Pantas
  • Netflix Perkenal Tab Baharu 'AI Discover'
  • Chatbot AI Google Mungkin Langgar Peraturan Hak Cipta Akhbar: Penasihat undang-undang EU
  • Senarai Telefon Xiaomi, REDMI Dan POCO Yang Terima HyperOS 4, Mula Diedarkan Hari Ini
  • Binance Dedah Tawaran Temu Duga Kerja Palsu Antara Helah Penggodam Dalam Kecurian Aset Kripto AS$6.34 Bilion
  • 'Pre-Load' GTA 6 Bermula 10 November - Pemain Perlu Sediakan Ruang Sehingga 212GB
  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
©2026 WISER.MY