Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Translate

Google Translate – Lebih Banyak Bahasa Yang Boleh Diterjemah Tanpa Sambungan Internet

Diterbitkan Januari 18, 2023 oleh Aziah Zulkifli

Google Translate merupakan sebuah alat untuk penterjemahan yang lebih cepat dan tepat.

Alat ini juga tersedia dalam bentuk aplikasi untuk telefon pintar serta boleh diterjemahkan tanpa perlu berada di dalam talian (online).

Berkaitan

  • Razer Sokong Pembayaran Melalui Apple Pay
  • Selepas 2 Tahun Menanti, Hogwarts Legacy Bakal Dilancarkan Pada Tarikh Ini
  • Sensor 200MP Samsung Baharu, ISOCELL HP2 Sudah Mula Dikilangkan
  • Beli PS5 Sekarang Dan Berpeluang Menang Baucar RM4,500
  • BSN: Perkhidmatan Perbankan Internet MyBSN Alami Gangguan Sementara

Walaupun bahasa yang tersedia untuk luar talian (offline) masih belum lengkap, Google masih berusaha untuk menambah lagi pilihan yang tersedia.

Kini, syarikat tersebut memperkenalkan lebih banyak bahasa yang boleh diterjemah secara luar talian.

Google Translate

Bahasa yang ditawarkan oleh Google Translate telah meningkat sehingga 33 bahasa baharu.

Pengguna boleh memuat turun bahasa yang diingini dan mereka boleh menterjemahnya walaupun tiada sambungan internet.

Ini merupakan senarai bahasa yang tersedia untuk terjemahan luar talian:

  • Basque
  • Cebuano
  • Chichewa
  • Corsican
  • Frisian
  • Hausa
  • Hawaiian
  • Hmong
  • Igbo
  • Javanese
  • Khmer
  • Kinyarwanda
  • Kurdish
  • Lao
  • Latin
  • Luxembourgish
  • Malagasy
  • Maori
  • Myanmar (Burmese)
  • Oriya / Odia
  • Samoan
  • Scots Gaelic
  • Sesotho
  • Shona
  • Sindhi
  • Sundanese
  • Tatar
  • Turkmen
  • Uyghur
  • Xhosa
  • Yiddish
  • Yoruba
  • Zulu

Pengguna perlu mengemas kini aplikasi Google Translate terlebih dahulu. Melalui aplikasi tersebut, pengguna diberi pilihan untuk memuat turun bahasa yang diperlukan.

Jika bahasa yang ingin dimuat turun tiada dalam senarai, maka bahasa itu masih belum tersedia untuk penterjemahan luar talian.

Untuk melihat senarai-senarai bahasa terkini yang tersedia untuk penterjemahan luar talian, pengguna boleh rujuk di sini.

Sumber: AndroidPolice

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY