Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
pixel 6

Google Sekali Lagi Patenkan Kamera Bawah Skrin, Sedia Untuk Pixel 7?

Diterbitkan Januari 3, 2022 · Dikemas kini Januari 3, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Bercakap tentang kamera swafoto pada Pixel, Pixel 3XL pastinya hadir ke minda kerana rekaannya yang sangat unik. Mujurlah pada Pixel 4, Google telah bertaubat daripada menggunakan rekaan tersebut.

31 Ogos 2021, Google telah mempatenkan konfigurasi paparan untuk peranti mudah alih dengan USPTO (United States Patent and Trademark Office). Dokumen yang mempunyai 16 muka surat tersebut telah diterbitkan pada Disember lepas.

Antara peranti dengan kamera bawah skrin yang tersedia di pasaran waktu ini ialah ZTE Axon 30,the Xiaomi Mi Mix 4 dan Samsung Galaxy Z Fold 3.

pixel under display camera

Berdasarkan paten tersebut, di bawah skrin OLED, sebuah kamera (atau lebih) akan ditempatkan bersama sensor cahaya dan sebuah lagi sensor tambahan ataupun LED. Kamera ini akan ditempatkan di sudut kanan atas manakala sensor cahaya pula di sudut kiri.

Ini bukanlah kali pertama Google memfailkan paten kamera bawah skrin namun paten pada Mei lalu menggunakan teknologi berbeza.

Sumber: LetsGoDigital

Baca juga:

  • Cara Guna Kamera iPhone Untuk Semak Degup Jantung Dan Kadar Pernafasan
  • Ini 4 Ciri Baharu Dalam Android 13 “Tiramisu”
  • Pixel 6 Cas Bateri Perlahan, Ini Jawapan Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY