Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
charger 30w google 3 (2)

Pixel 6 Cas Bateri Perlahan, Ini Jawapan Google

Diterbitkan November 19, 2021 · Dikemas kini November 19, 2021 oleh Aminuddin Ahmad

Semakin banyak berita berkenaan masalah peranti andalan Pixel tahun ini termasuk isu skrin. Terdahulu, kami telah berkongsi tentang ujian yang dijalanlan oleh Android Authority yang mendapati Pixel 6 Pro hanya menyokong pengecasan sehingga 22W, walaupun Google menyatakan ia sesuai digunakan dengan pengecas 30W dari Google.

Terbaru, jurucakap Google mengesahkan Google Pixel 6 menyokong kadar pengecasan maksimum 21W manakala Pixel 6 Pro pula 23W dan kelajuan pengecasan menurun secara berperingkat.

Ia selari dengan ujian yang dilakukan oleh Android Authority, namun isunya ialah Pixel 6 mengambil masa yang terlalu lama untuk memenuhi ~20% akhir itu. Keseluruhannya, ia memakan masa sehingga 2 jam untuk pengecasan penuh, jauh berbeza dengan peranti andalan pesaing.

Google berkata sebuah bateri tidak boleh direka untuk mempunyai kedua-dua ciri iaitu ketumpatan tenaga yang tinggi dan menyokong pengecasan pantas pada masa yang sama.

Ringkasnya, mereka mengehadkan kelajuan pengecasan kerana meletakkan jangka hayat bateri sebagai keutamaan. Dalam era di mana teknologi bateri semakin maju, apakah anda mengutamakan jangka hayat bateri atau pengecasan pantas?

Sumber: Google Pixel Community

Baca juga:

  • Kelajuan Mengecas Pixel 6 Tidak Cukup Pantas
  • Google Terbuang Fungsi Menarik Dalam Kemas Kini Google Photos Baharu
  • Lagi Masalah Dialami Pengguna Pixel 6

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY