Cara Guna Kamera iPhone Untuk Semak Degup Jantung Dan Kadar Pernafasan

Sebelum ini, ciri pemantauan melalui kamera telah hadir di Google Fit untuk Google Pixel namun hari ini ia sudah tersedia untuk iPhone. Ciri ini membolehkan pengguna iPhone mengukur kadar degupan jantung melalui kamera belakang dan kadar pernafasan melalui kamera depan.



Untuk menggunakannya, anda hanya perlu membuka aplikasi Google Fit dan tatal ke bawah untuk jumpa "Check your heart rate" dan "Track your respiratory rate".



Dengan "Check your heart rate", anda hanya perlu meletakkan jari anda di kamera belakang dan Google Fit akan mula mengukur degupan jantung anda dalam 30 saat. Anda perlu berada dalam keadaan pencahayaan yang cerah atau boleh menghidupkan lampu LED pada kamera belakang. Ini kerana Google Fit menjejak degupan jantung melalui perubahan warna pada jari.



Untuk memantau kadar degupan jantung pula, anda perlu klik pada "Track your respiratory rate" dan ia akan memberikan arahan. Google Fit memerlukan kamera swafoto untukĀ  menganalisis pergerakan dada anda. Walau hanya sedikit pergerakan, Google Fit mampu menjejakinya kerana menggunakan bantuan komputer.

Menariknya, kedua-dua fungsi ini boleh digunakan tanpa sambungan internet.

Perlu diingatkan, analisis melalui peralatan seperti ini tidak boleh digunakan untuk tujuan perubatan, diagnosis, rawatan atau mencegah sebarang penyakit. Anda perlu mendapatkan perkhidmatan doktor bertauliah untuk semakan yang lebih tepat dan nasihat lanjut.

Baca juga: