Bagi yang menggunakan iMessage pastinya tahu berkenaan buih biru dan hijau. Untuk makluman, buih biru dalam iMessage menunjukkan seseorang itu menghantar teks dari iMessage (pengguna iOS) manakala buih hijau menandakan ia sebuah teks SMS biasa, bukan dari iMessage -- pengguna Android.
Ia agak ironi kerana ikon Messages/iMessage pada iOS sendiri berwarna hijau.
Bukan sekadar warna, namun ia juga telah memisahkan masyarakat antara dua darjat. Biru dan hijau kini menjadi salah satu bentuk kasta moden terutamanya dalam kalangan remaja di Amerika, menurut WSJ. Mereka yang dalam kasta biru menyisih dan mengejek rakan-rakan sebaya yang menggunakan peranti Android.
https://twitter.com/lockheimer/status/1479865157753147395?s=20
Naib Presiden Kanan Google bagi Android, Hirosho Lockheimer telah meluahkan perasaan kecewanya terhadap Apple dengan hantaran twit mengatakan Apple menggunakan iMessage untuk mewujudkan tekanan rakan sebaya dan pembulian dalam kalangan pengguna supaya mereka membeli produk Apple.
Remaja dan pelajar kolej kini takut dengan buih hijau kerana mereka diejek disebabkan tidak berada di platform iMessage. Seorang pelajar Sarjana dari New York mengakui rakan-rakannya memberi reaksi "Ew, that's gross" apabila mendapati ada yang menghantar teks dalam buih hijau.
Lockheimer kemudian menjelaskan lagi dalam rajutan beliau bahawa beliau tidak meminta Apple untuk menyediakan iMessage untuk Android, sebaliknya turut sama menyokong protokol RCS. RCS kini turut digunakan pelbagai pemain industri seperti Verizon, AT&T, T-Mobile, Google dan lain-lain.
RCS ialah SMS versi dinaik taraf di mana ia membenarkan kumpulan sembang, video, imej beresolusi tinggi, read receipts, pemaparan masa-nyata, penanda pengguna sedang menaip, penyulitan data yang lebih selamat, menggunakan data selular dan lain-lain yang mirip seperti WhatsApp dan iMessage.
https://twitter.com/lockheimer/status/1480663659135176705?s=20
Kecil tapak tangan nyiru Google tadahkan, dia mengakhiri rajutan tersebut dengan berkata mereka gembira untuk bekerja dengan Apple dalam memperluas penggunaan RCS untuk pengalaman komunikasi yang lebih baik bagi pengguna.
Melihat pada pengumuman Apple tahun lepas yang membenarkan pengguna Android untuk menyertai sesi FaceTime, ramai percaya Apple sebenarnya boleh saja membuka platform mereka kepada pengguna bukan Apple namun mereka sengaja enggan melakukannya. Sama-sama kita nantikan apakah Apple akan memberi maklum balas atau membuat penambahbaikan pada iMessage kelak.
Sumber: MacRumors
Baca juga:
- 'I Am Rich', Aplikasi Termahal Dan Paling 'Tak Guna' Pernah Dijual Di App Store Satu Ketika Dulu
- Beli RFID Guna TNG e-Wallet, Anda Dapat Pulangan Tunai RM5 Dan Penghantaran Percuma
- Ini Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Pasang Touch 'n Go RFID Pada Kereta
Berkaitan
- Kalau Apple Letak 9 Ciri Android Ini Pada iPhone 15, 'Confirm' Ramai Berhijrah Ke iOS
- Apple Sedang Uji Cip M3 Pada MacBook, iMac Dan Mac Mini
- Google Rehatkan Jurutera Selepas Beritahu AI Mereka Ada Perasaan
- Apple Pay: Shopee Malaysia Dilihat Bersedia Terima Pembayaran Melaluinya
- Apple Dilapor Mula Menguji iPhone Dengan USB-C Tapi Mungkin Hanya Dijual Di Eropah
- Pakej Beriklan Netflix Sudah Tersedia Pada Apple TV Di Beberapa Negara
- Apple WWDC 2022 Sah Akan Dilangsungkan 6 Jun, iOS 16 Dijangka Diumum
- Setel Kini Tersedia Pada Apple Watch, Isi Minyak Terus Dari Jam
- Razer Sokong Pembayaran Melalui Apple Pay
- Tak Perlu Telefon, Pengguna Setel Kelak Boleh Isi Minyak Terus Daripada Apple Watch