Antaramuka baru yang lebih segar, mudah dan pantas untuk diakses.
Pada Mei lalu, Google telah mengumumkan mereka akan merekabentuk semula antaramuka Play Store. Kini secara rasminya Google telah menaik taraf antaramuka Play Store dengan rekabentuk yang lebih segar, mudah dan pantas untuk pengguna peranti mengakses aplikasi dan permainan yang ditawarkan di Play Store.
"To improve the overall store experience, we’re excited to roll out a complete visual redesign. Aligning with Material design language, we’re introducing several user-facing updates to deliver a cleaner, more premium store that improves app discovery and accessibility for our diverse set of users." Boris Valusek, Ketua Rekabentuk Google Play.
Antara penambahbaikan yang dilakukan adalah Play Store kini memaparkan bar navigasi di bahagian bawahnya untuk telefon pintar Android dan di bahagian tepi bagi tablet dan Chrome OS.
Malah Google juga menetapkan rekaan baru bagi aplikasi supaya ia lebih menonjol. Rekabentuk antaramuka baru Google Play Store kini sudah diaplikasikan pada semua pengguna peranti Android dan Chrome OS.
Google Play Store diakses lebih daripada 2 bilion pengguna aktif setiap bulan bagi mencari aplikasi, permainan dan kandungan digital.
Berkaitan
- Pengguna Android Bakal Boleh Mengemas Kini Sistem Peranti Terus Dari Google Play Store
- Lebih 20 Aplikasi Dalam Play Store Berkaitan Minecrafts Sebenarnya Adalah Perisian Hasad
- Samsung Display Dilaporkan Buat Persediaan Untuk Tempahan iPhone Dan iPad Boleh Lipat
- Google Memarahi Samsung Kerana Menjadikan Model Galaxy A50 Lebih Mudah Digodam
- 85 Aplikasi Android Ini Sebenarnya Adalah Perisian Hasad Iklan Yang Ditawarkan Di Google Play Store
- Google Ke Arah Memudahkan Log Masuk Merentas Peranti, Laman Sesawang Dan Aplikasi Tanpa Kata Laluan
- Google Mengugut Untuk Menutup Enjin Carian Mereka Di Australia
- Kata Laluan Pengguna Google G Suite Didapati Disimpan Dalam Format Yang Boleh Dibaca
- Elak 16 Aplikasi Ini, Perisian Hasad Android Dimuat Turun Lebih 12 Juta Kali Dari Google Play
- Telefon Pintar Huawei, Vivo Tag Aplikasi Google Sebagai Trojan