Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Perisian Hasad Ini Tidak Boleh Dipadam Walaupun Factory Reset Dilakukan

Elak 16 Aplikasi Ini, Perisian Hasad Android Dimuat Turun Lebih 12 Juta Kali Dari Google Play

Diterbitkan Disember 7, 2023 oleh ariff bukhari

Penyelidik keselamatan ESET melaporkan penemuan perisian hasad yang disebarkan melalui aplikasi-aplikasi yang ditawar dari dalam Google Play Store.

Perisian hasad yang dikesan sebagai SpyLoan itu secara langsung merujuk kepada fungsi perisian intip yang digabungkan dengan tuntutan pinjaman.

Menurut telemetri ESET, aplikasi ini beroperasi terutamanya di Mexico, Indonesia, Thailand, Vietnam, India, Pakistan, Colombia, Peru, Filipina, Mesir, Kenya, Nigeria dan Singapura.

Penyelidikan ESET telah mengesan asal usul SpyLoan sejak tahun 2020 lagi. Cuma pada masa itu, aplikasi sebegini hanya membentangkan kes terpencil yang tidak menarik perhatian penyelidik.

Namun, kehadiran aplikasi pinjaman berniat jahat ini terus berkembang dan akhirnya mereka mula melihat kewujudannya di Google Play, Apple App Store dan di tapak web penipuan khusus.

Malah lebih banyak lagi di kedai aplikasi pihak ketiga yang tidak rasmi, Google Play dan tapak web pada awal tahun ini.

Untuk menarik mangsa, pelaku secara aktif mempromosikan aplikasi berniat jahat ini melalui mesej SMS dan pada saluran media sosial popular seperti Twitter, Facebook dan YouTube.

Sebaik sahaja pengguna memasang aplikasi yang mengandungi SpyLoan, mereka digesa untuk menerima syarat perkhidmatan dan memberikan kebenaran yang luas untuk mengakses data sensitif yang disimpan pada peranti.

Elak 16 Aplikasi Ini, Perisian Hasad Android Dimuat Turun Lebih 12 Juta Kali Dari Google Play
Contoh kebenaran luas yang diminta oleh perisian hasad SpyLoan daripada pengguna.

Selepas itu, aplikasi meminta pendaftaran pengguna, biasanya dilakukan melalui pengesahan kata laluan SMS sekali untuk mengesahkan nombor telefon mangsa.

Selepas pengesahan nombor telefon berjaya, pengguna mendapat akses kepada ciri permohonan pinjaman dalam aplikasi.

Untuk melengkapkan proses permohonan pinjaman, pengguna terpaksa memberikan maklumat peribadi yang luas, termasuk butiran alamat, maklumat hubungan, bukti pendapatan, maklumat akaun perbankan, malah memuat naik foto bahagian depan dan belakang kad pengenalan mereka, dan swafoto.

Selepas aplikasi sedemikian dipasang dan data peribadi dikumpul, pihak yang mengawal aplikasi itu mula mengganggu dan memeras ugut mangsa mereka untuk membuat pembayaran, walaupun pengguna tidak memohon pinjaman atau memohon tetapi pinjaman itu tidak diluluskan.

Elak 16 Aplikasi Ini, Perisian Hasad Android Dimuat Turun Lebih 12 Juta Kali Dari Google Play
Ulasan pengguna terhadap aplikasi ini mendakwa telah diganggu dan diancam, walaupun sesetengah daripada mereka tidak menerima pinjaman.

Jadi, bagi mengelakkan anda daripada terjerat dengan aplikasi-aplikasi yang membawa SpyLoans, berikut disenaraikan 18 aplikasi yang telah ditemui ESET untuk tahun 2023:-

  1. com.aa.kredit.android.apk
  2. com.amorcash.credito.prestamo.apk
  3. com.app.lo.go.apk
  4. com.dinero.profin.prestamo.credito.credit.credibus.loan.efectivo.cash.apk
  5. com.flashloan.wsft.apk
  6. com.guayaba.cash.okredito.mx.tala.apk
  7. com.loan.cash.credit.tala.prestmo.fast.branch.mextamo.apk
  8. com.mlo.xango.apk
  9. com.mmp.optima.apk
  10. com.mxolp.postloan.apk
  11. com.okey.prestamo.apk
  12. com.shuiyiwenhua.gl.apk
  13. com.swefjjghs.weejteop.apk
  14. com.truenaira.cashloan.moneycredit.apk
  15. king.credit.ng.apk
  16. om.sc.safe.credit.apk

Penyelidik ESET menyimpulkan, walaupun aplikasi-aplikasi yang membawa SpyLoan secara teknikalnya mematuhi keperluan untuk memiliki dasar privasi, amalan mereka jelas melangkaui skop pengumpulan data yang diperlukan untuk menyediakan perkhidmatan kewangan dan mematuhi piawaian perbankan KYC.

Jadi, jika anda ada memasang aplikasi-aplikasi tersebut, bolehlah bertindak segera membuangnya dari peranti.

Berkaitan

  • Microsoft Sahkan, Windows 11 Pasang Aplikasi HP Smart Tanpa Kebenaran Dan Namakan Semula Pencetak
  • CelcomDigi Tawar Internet Booster RM3/hari, Prabayar RM25/bulan
  • 3 Jenama Yang Pegang Pasaran Jam Tangan Pintar Suku Ketiga 2023

Sumber: ESET, Bleeping Computer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY