Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Play Games

Google Play Games Akhirnya Tersedia Dalam PC Untuk Pengguna Malaysia

Diterbitkan November 3, 2022 oleh Aziah Zulkifli

Google Play Games bakal beroperasi di dalam PC untuk pengguna di Malaysia. Akan tetapi, ianya sedang dijalankan secara beta kepada beberapa pengguna terpilih sahaja.

Sebelum ini, hanya pengguna-pengguna di sekitar Korea, Hong-Kong, Taiwan Thailand dan Australia sahaja mempunyai akses untuk aplikasi ini.

Kini, Malaysia menjadi salah satu negara di mana pemainnya boleh memuat turun Google Play Games beta setelah beberapa ciri ditambah serta keperluan spesifikasi minimumnya yang diturunkan.

https://army.wiser.my/wp-content/uploads/2022/11/MS-GPG_video.mp4

 

Terdapat lebih banyak permainan mudah alih yang popular telah dimasukkan ke dalam katalog Google Play Games seperti 1945 Air Force, Blade Idle, Cookie Run: Kingdom dan Envoy: The King’s Return.

Permainan video ini semuanya boleh dimainkan pada PC Window melalui aplikasi kendiri yang dibina oleh Google.

Pemain kini diberi peluang untuk mempunyai akses kepada permainan video mereka pada seberapa banyak peranti yang mungkin. Mereka dapat bermain dengan lancar melalui telefon, tablet, Chromebook malah PC mereka.

Google Play Games juga telah mengurangkan keperluan spesifikasi minimum untuk PC yang menjalankan Windows 10+ dengan kad grafik bersepadu dan teras CPU4+.

Google Play Games masih lagi dalam proses untuk versi keluaran penuhnya dengan ciri-ciri baharu yang ingin ditambah serta penilaian maklum balas daripada pembangun serta pemain untuk penambahbaikkan pada masa yang akan datang.

Sumber: Siaran Akhbar Google

Berkaitan

  • (Ulasan) Samsung Galaxy Buds2 Pro - Harga Kena Dengan Kualiti Yang Syahdu
  • Langganan PS+ Menurun Biarpun Diperkenalkan Semula
  • Pengguna Maxis Tidak Akan Terima 5G Tahun Ini
  • Lagi Kecil Dari Kiub Rubik, TinyTV Adalah Televisyen 'Tercomel' Dunia
  • WhatsApp Bakal Hadir Dengan Ciri Menarik Ini Tidak Lama Lagi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
©2026 WISER.MY