Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lagi Kecil Dari Kiub Rubik, TinyTV Adalah Televisyen ‘Tercomel’ Dunia

Lagi Kecil Dari Kiub Rubik, TinyTV Adalah Televisyen ‘Tercomel’ Dunia

Diterbitkan November 2, 2022 ยท Dikemas kini November 3, 2022 oleh Firdaus

TinyTV adalah model televisyen terkecil didunia dengan lebar kurang daripada 1 inci sahaja. Selain itu, TV dengan rekaan retro ini mempunyai kapasiti menyimpan video dan mampu memaparkan video berdurasi hingga 40 jam lamanya.

Inovasi ini dihasilkan oleh TinyCircuits, sebuah firma syarikat pembuatan elektronik yang berpangkalan di Ohio, AS. Idea dan penciptaan TinyTV ini datangnya daripada pengasas dan presiden TinyCircuits, Ken Burns.

TinyTV terdiri daripada 2 model – TinyTV Mini and TinyTV 2. Kedua-dua model mempunyai saiz yang berbeza tetapi dibekalkan sekali perisian TinyTV Converter yang maju.

Berkaitan

  • Konsep: Xiaomi 12S Ultra Boleh Pasang Lensa Leica Tapi Anda Tidak Boleh Dapatkannya
  • Seorang Pesuruhjaya FCC Dilaporkan Menggesa Kerajaan Amerika Mengharamkan TikTok Di Negara Itu
  • CEO Microsoft Gaming - Saya Rasa Metaverse Ini Dicipta Secara Ala Kadar
  • Langganan PS+ Menurun Biarpun Diperkenalkan Semula
  • Pengguna Maxis Tidak Akan Terima 5G Tahun Ini

Perisian itu bertujuan untuk menukar format media agar boleh dipaparkan peranti ‘comel’ tersebut. Selain kad mikroSD terbina di dalam dan sokongan port USB/USB-C, pengguna boleh memuat naik sebarang media seperti video, filem, dan lain-lain.

Siri TinyTV ini dijual pada harga permulaan USD49 (~RM230) di laman sesawang Kickstarter.

Sumber: sciencetimes

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY