Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Pixel Watch

Pixel Watch Dilancarkan, Jam Tangan Pintar Pertama Google

Diterbitkan Oktober 7, 2022 · Dikemas kini Oktober 7, 2022 oleh Firdaus

Melalui acara Made by Google pada 6 Oktober lepas, Google telah melancarkan jam pintar pertama mereka yang padat dengan sokongan ciri perkhidmatan Google.

Jam Google Pixel Watch adalah sebuah jam tangan pintar yang lahir daripada gabungan aestetik Google dan Fitbit.

Rekaan

pixel 7 pro

Pixel Watch mempunyai rekaan kaca 3D yang menyeluruh yang kukuh, kalis calar, melengkung dan unik.

Google Pixel Watch

Oleh itu, jam tangan pintar ini sesuai untuk semua acara dan mesra untuk dipadankan dengan apa-apa jua fesyen.

Berkaitan

  • GIGABYTE Lancar GPU Siri GeForce RTX 4090 - 4 Model Diperkenalkan
  • 7 Stor Lazada Terbaik Sempena Promosi 10.10 Ini
  • CEO Telegram Dakwa Penggodam Boleh Dapat Akses Penuh Pada Telefon Pengguna WhatsApp
  • Snapdragon 8 Gen 2 Dilapor Hadir Seawal 14 November Ini, 20% Lebih Cekap Tenaga
  • Siri Google Pixel 7 Rasmi - Sokongan Kemas Kini Hingga "5 Tahun"

Sokongan Ciri Yang Pelbagai

Selain itu, jam ini juga padan dan menyokong penggunaan perkhidmatan Google yang lain – Google Calender, Wallet, Photos, Maps mahupun Google Assistant.

Google Pixel Watch
Google Pixel Watch
Google Pixel Watch
Google Pixel Watch

Tambahan lagi, jam ini menawarkan sokongan penggunaan aplikasi selain daripada perkhidmatan Google seperti Spotify, Line, Strava dan banyak lagi.

Google Pixel Watch

Pixel Watch juga adalah peranti OS yang pertama hadir dengan Fitbit. Oleh itu, ini menjadikan jam pertama Google ini sebagai antara peranti kecergasan yang terbaik dipasaran ketika ini.

Mampu Membaca Jantung Dengan Tepat

Google Pixel Watch

Pixel Watch juga mempunyai ciri baca ECG (electrocardiogram) yang mampu diakses oleh orang tersayang pengguna.

Google Pixel Watch

Ciri ini juga akan memaklumkan sekiranya terjadi sebarang kemalangan kepada anda dengan Emergency SOS. Ciri Fall Detection pula akan hadir pada tahun 2023 depan.

Google Pixel Watch

Pixel Watch akan dijual pada harga USD369.99 (~RM1,720) untuk model Bluetooth/Wi-Fi. Sementara harga USD399.99 (~RM1,860) pula untuk versi Lte + Bluetooth/Wi-Fi.

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY