Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
pixel 8a

Google Pixel 8a Rasmi, Ini Spesifikasi Penuh Dan Harga

Diterbitkan Mei 8, 2024 oleh Amsyar Latif

Genap setahun peranti Pixel 7a, Google kini mengumumkan penggantinya, iaitu Pixel 8a. Sebuah telefon pintar kelas pertengahan dan mampu milik dalam barisan Pixel 8.

Menyentuh spesifikasi, ia dilengkapi skrin 6.1 inci Actua Display dengan resolusi 1080×2400 OLED dan menyokong kadar segar semula 120Hz. Ini adalah naik taraf berbanding Pixel 7a hanya 90Hz. Kecerahan HDR adalah sehingga 1400 nits dan puncak kecerahan adalah 2000 nits. Ia juga dilindungi corning gorilla glass 3.

pixel 8a_1
pixel 8a_2
pixel 8a_3
pixel 8a_4

Di dalam, terbina pemproses Google Tensor G3 dengan cip sekuriti Titan M2. Turut dipadan bersama memori 8GB LPDDR5x serta pilihan storan dalaman 128GB dan 256GB UFS 3.1.

Dibekalkan bateri berkapasiti 4,492mAh yang hanya menyokong pengecasan 18W berwayar dan wayarles Qi.

Dari sudut fotografi, 64MP lebar dengan f/1.89 apertur, sensor imej 1/1.73″ dan menyokong super res zoom sehingga 8x. Sementara 13MP ultra lebar dengan f/2.2 apertur dan 13MP swafoto f/2.2.

Pixel 8a aloe

Kesemua kamera hadir dengan sokongan rakaman 4K 30 FPS tetapi kamera belakang mampu sehingga 4K 60 FPS.

Selain itu, kameranya juga menerima ciri seperti Magic Eraser, Photo Unblur, Face Unblur, Real Tone, Best take, Long Exposure, Motion auto focus, astrofotografi, live HDR+ dan ultra HDR.

Lain-lain spesifikasi dan ciri adalah termasuk penarafan IP67, dwi pembesar suara, Wi-Fi6, Bluetooth 5.3, USB-C 3.2, NFC, dwi SIM, circle to search, call assist, audio emoji dan Gemini.

Google Pixel 8a menjalankan Android 14 dan seperti ahli keluarganya lain, ia akan menerima sokongan kemas kini 7 tahun OS, sekuriti dan feature drop. Harga jualan adalah USD499 (~RM2,368) dan ditawar dalam empat pilihan warna — bay, aloe, porcelain dan obsidian.

Berkaitan

  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • iOS VS Android, Yang Manakah Lebih Selamat? Ini Jawapan Penyelidik

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY