Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article

Google Pixel 8 Pro Selesaikan Masalah Audio Peranti Pixel Terdahulu

Diterbitkan Oktober 12, 2023 oleh Muhd Idham

Sejak keluarnya produk telefon keluaran Google iaitu Pixel 5, keberkesanan pembesar suara peranti Pixel sering dikritik kerana memiliki masalah audio yang keluar dari pembesar suara.

Dikatakan oleh pengguna Pixel 7 Pro, mereka masih mengalami bunyi audio yang agak kurang memberangsangkan keluar dari pembesar suaranya jika dibandingkan dengan peranti dari syarikat seperti Apple, Samsung dan lain-lain.

Walaupun isu ini telah lama dikemukakan, Google masih memilih untuk mengabaikannya selama bertahun-tahun. Berdasarkan pemerhatian, masalah ini mula timbul dari pihak Google yang menggantikan alat dengar pembesar suara konvensional dengan alternatif yang terlalu maju untuk produk Pixel. Hasilnya memuaskan panggilan telefon namun bukan untuk perkara lain.

Sesetengah pengguna dapat membetulkan masalah pembesar suara mereka dengan menggunakan alat Android yang dipanggil Wavelet dari Google Play Store, tetapi tidak disarankan untuk produk bukan Android untuk menggunakannya.

Walau bagaimanapun, juruteknikal dari pasukan Pixel telah mengambil langkah untuk mengatasi masalah lama ini dengan barisan Pixel 8. Hal ini dianggap selesai dengan perubahan pada bentuk peranti Pixel 8 Pro yang tidak mempunyai paparan lengkung dan sisi peranti yang nipis.

Tambahan pula dengan pemerhatian terhadap barisan peranti Pixel 8 di YouTube, kualiti bunyi yang dikeluarkan adalah tidak sama dengan pendahulunya sekali gus menjamin prestasi yang lebih baik.

Berkaitan

  • Logitech Wave Keys, Papan Kekunci Ergonomik Yang Berharga RM299
  • Cara Membuang Kata Laluan Pada PC Windows.
  • Ini Senarai 10 Pasukan Yang Layak Ke Separuh Akhir 'Samsung Malaysia Solve For Tomorrow 2023'
  • MYAirline Gantung Operasi Berkuat Kuasa Hari Ini

Sumber: Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MCMC Lantik TM Bangunkan Projek Kabel Dasar Laut MADANI Bernilai RM2.7 Bilion
  • EV Kini Bantu Jimatkan 1.2 Juta Tong Minyak Global Sehari - Laporan
  • Apple Pay Kini Sokong Kad Public Bank
  • Cat 'Serap' Karbon Dan Pantul Haba Ciptaan Penyelidik UTM Sasar Pasaran Global
  • HONOR Magic9 Pro Max Kini Boleh Ditempah Di Malaysia, Hadiah Bernilai RM5,006 Untuk Pembeli Awal
  • ChatGPT Kini Gantung Akses 24 Jam Jika Cuba Cari CSAM
  • Apple Didakwa Rancang Usia Usang Peranti Bagi Meningkatkan Jualan iPhone
  • GrabPay Bakal Tambah Sokongan DuitNow Transfer
©2026 WISER.MY