Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pixel 4a

Google Pixel 4a Sah Akan Dimuatkan Dengan Kapasiti Bateri 3,140mAh

Diterbitkan Julai 3, 2020 ยท Dikemas kini Julai 3, 2020 oleh Amalina Athman

Sehingga kini, Google masih berteka-teki mengenai Pixel 4a. Bagaimanapun, ia dilaporkan telah melepasi beberapa pengesahan badan pensijilan. Terkini, Google Pixel 4a telah menerima penyenaraian badan pensijilan NCC Taiwan dan TUV Rheinland.

pixel 4a

Melalui penyenaraian tersebut, Pixel 4a disahkan akan hadir dengan kapasiti bateri 3,140mAh dengan penilaian kapasiti yang lebih rendah iaitu 3,080mAh. Ini bermakna, Pixel 4a mempunyai kapasiti bateri yang lebih besar berbanding Pixel 3, Pixel 3a dan Pixel 4. Ia turut didatangkan dengan pengecasan pantas 18W.

pixel 4a
charger pixel 4a

Dalam pada itu, spekulasi menyatakan Pixel 4a akan dikuasakan cip pemprosesan Snapdragon 730 serta paparan 5.81 inci FHD+ dengan panel OLED. Dijangka peranti ini akan dilengkapi RAM 4GB serta 64GB atau 128GB storan dalaman.

Untuk maklumat lanjut, nantikan pengumuman rasmi Google tidak lama lagi.

Sumber: GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY