Google Pixel 3 Mungkin Bakal Diperkenalkan Pada 9 Oktober Ini

Salah satu daripada peranti yang ditunggu-tunggu pada tahun ini, Google Pixel 3 dijangka akan diperkenalkan secara rasmi pada 9 Oktober ini. Ia berikutan kemunculan satu laman acah untuk peranti tersebut di laman Google Store baru-baru ini.



Walaupun Google belum mengesahkan bahawa Google Pixel 3 akan dirasmikan pada tarikh berkenaan, satu imej GIF berbentuk jemputan telah didedahkan atas talian menguatkan lagi spekulasi ini.



Google sebelum ini mengesahkan mereka akan mengadakan satu majlis untuk melancarkan produk baru yang masih dirahsiakan di New York pada 9 Oktober kelak. Akan tetapi, angka 3 dalam tulisan "I <3 NY" dalam imej GIF itu makin mengukuhkan lagi dakwaan Google Pixel 3 ini.

Apa pun, kita perlu menunggu sehingga 9 Oktober untuk mengetahui sama ada ura-ura ini benar atau pun tidak. Sama-sama kita nantikan.

 

Sumber