Apple Melancarkan Kemaskini watchOS 3.1.1 Yang Menyebabkan Apple Watch Tidak Berfungsi

Bersama dengan kemaskini macOS 10.12.2, Apple turut melancarkan kemaskini terbaru watchOS 3.1.1 untuk Apple Watch siri 1 dan siri 2. Namun, dilaporkan selepas jam pintar dari Apple tersebut dikemaskini, jam tersebut akan berhenti secara tiba-tiba dan tidak boleh berfungsi. Maka dengan itu Apple mearik semula kemaskini ini.

gsmarena_001-2

Kemaskini watchOS 3.1.1 secara asalnya diperkenalkan untuk memperbaiki 'bug' dan tidaklah membawa benda baru sebenarnya. Pengguna Apple Watch siri ke-2 mendakwa jam pintar mereka langsung tidak berfungsi selepas kemaskini tersebut (seperti gambar di atas) yang memaparkan tanda seru dan laman web Apple Help. Selepas kejadian ini, Apple telah menhentikan penyebaran kemaskini terbaru ini.

Kepada yang belum mengemaskini Apple Watch anda, dinasihatkan untuk tidak melakukannya. Jika jam anda mengalami masalah seperti dalam gambar, anda terpaksa pergi ke Apple Store untuk di reset semula. Setakat ini hanya Apple Watch siri ke-2 yang mengalami masalah penerimaan kemaskini terbaru ini, namun adalah lebih baik anda tidak mengambil risiko dengan mengemas kini jam pintar anda.

Apple masih belum mengeluarkan pengumuman tentang isu ini.