Google Menamatkan Google URL Shortener, Digantikan Dengan Servis Baru

Perkhidmatan Google URL Shortener hadir pada tahun 2009, dalam usaha Google untuk memudahkan pengguna untuk memendekkan dan memudahkan perkongsian alamat sesawang (URL).

Bermula pada 30 March yang lepas, mereka yang tidak berdaftar dengan servis Google (anonymous) atau yang tidak ada akaun Google, anda tidak boleh lagi menggunakan servis tersebut. Jika anda mahu menggunakan servis pemendek URL, Google menyarankan untuk menggunakan servis baru mereka yang dipanggil Firebase Dynamic Links (FDL) yang didakwa servis yang lebih pintar dan menyeluruh.

Anda juga boleh menggunakan servis lain seperti Bitly and Ow.ly sebagai alternatif.

Kepada pengguna sedia ada yang pernah menggunakan servis tersebut sebelum ini, Google memanjangkan tempoh persedian untuk anda menggunakan servis Google URL Shortener selama satu tahun, akan ditutup secara rasminya pada 30 March 2019.

Selepas 30 March 2019, Google berkata semua pautan (URL) yang dipendekan sebelum ini di Google URL Shortener masih akan disokong. Maksudnya, pautan 'shorlink' sedia ada akan tetap berfungsi seperti biasa.

Sumber: https://developers.googleblog.com/2018/03/transitioning-google-url-shortener.html