Google Masih Boleh Mengesan Peranti Pengguna Walaupun Sudah Menyahaktifkan Fungsi GPS

Salah satu kemudahan yang harus ada dalam sesebuah peranti mudah alih yang digunakan untuk mengenalpasti kedudukan pengguna yang dipanggil sebagai Global Positioning Sytem ( GPS ). Google dan Agensi keselamatan Negara (Amerika Syarikat) menggunakan fungsi tersebut dan menimbulkan isu yang dikatakan telah mencerobohi tentang butiran pengguna tanpa izin. Perkara itu masih tidak dapat dielakkan walaupun pengguna menyahaktifkan fungsi GPS didalam peranti mereka.



Amerika Syarikat, yang digelar sebagai pasaran mudah alih yang terbesar didunia meragu-ragukan tentang bagaimana cara Google menggunakan butiran lokasi pengguna yang dikatakan mereka masih dapat mengawal pergerakan pengguna walaupun fungsi GPS dinyahaktifkan yang dimana purata pengguna mudah alih mempunyai tahap keselamatan yang nipis dari privasi pengguna diceroboh.

Dikatakan mereka menggunakan teknik rahsia bagi mengumpul maklumat pengguna dengan menggunakan peranti mudah alih yang menggunakan sistem operasi Android, iPhone, dan iPad yang mempunyai aplikasi Google Mapsdan aplikasi-aplikasi Googlelain yang dipasang.

Data lokasi yang dikutip akan disimpan di ruang simpanan Google yang digelarkan sebagai Sensorvault. Ia mempunyai berjuta-juta maklumat lokasi mudah alih dari pengguna seluruh dunia yang dikatakan data tersebut disimpan bermula pada tahun 2009.

Perkara ini perlu dititik beratkan kerana ia akan mengundang masalah kepada pengguna pada masa hadapan atas alasan pencerobohan privasi pengguna dan bagi megelakkan dituduh bersubahat bersama penjenayah jika pengguna yang tidak bersalah bersama penjenayah secara kebetulan semasa pihak atasan melalukan pengawasan didalam sesuatu keadaan.

Google membalas tentang isu ini dengan menyatakan pengguna mempunyai pilihan sama ada untuk menyimpan butiran mereka didalam Sensorvault. Wakil peguam Google menerangkan hal ini dengan menyatakan bahawa pengguna mempunyai pilihan untuk memadam butiran history lokasi mereka, atau menyahaktifkan produk mereka, pada bila-bila masa sahaja.

Tetapi penerangan itu menjadi sia-sia kerana jika pengguna pernah membenarkan untuk menyimpan butiran mereka didalam storan Sensorvault walaupun sekali, ia akan menjadi sukar untuk pengguna memilih untuk hapuskan butiran mereka walaupun pengguna telah menyahaktifkan kemudahan GPS daripada Google.

Sumber: Activist Post