Google Akan Datang Bersama Wi-Fi Assistant Untuk Penguna Nexus







Google bakal melaksanakan Wi-Fi Assistant, ciri utama telefon pintar Nexus yang membenarkan pengguna mengekses Wi-Fi hotspots dengan sekelip mata.



Ianya dahulu hanya eksklusif untuk pengguna Porject Fi di Amerika Syarikat yang menggunakan Nexus 5X atau 6P. Ciri ini akan di besarkan kepenggunaanya untuk semua pemilik Nexus, namun ianya hanya untuk pemilik dari Amerika Syarikat, UK, Kanada, dan Mexico sahaja setakat ini.



Jika pengguna takut tentang keselamatan telefon pintar apabila berhubung dengan sambungan Wi-Fi yang tidak di ketahui, Wi-Fi Assistant menggunakan encryption setiap kali pengguna berhubung untuk mengelakkan dari ancaman luar.



Google bercadang untuk memperbesarkan lagi Wi-Fi Assistant ini untuk semua pengguna Nexus  di serata dunia dalam masa terdekat ini. Namun, pengguna haruslah menaik taraf sistem operasi peranti kerana ianya hanya berfungsi untuk Android 5.1 dan keatas.