Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Carian Google Di Komputer Akan Terima Tema Gelap

Google Kini Boleh Membuang Nombor Telefon, Alamat Pengguna Dari Hasil Carian

Diterbitkan Mei 9, 2022 oleh ariff bukhari

Polisi terbaru Google kini membenarkan pengguna memohon untuk membuang nombor telefon, alamat rumah, alamat e-mel dan info log masuk dari hasil carian Google.

Ia diumumkan oleh Google bulan lalu.

You can now request removal of personal contact information like a phone number, email address, or physical address, as well as login info, from Google Search. Learn more: https://t.co/ZTFRtWlNKz

— Google SearchLiaison (@searchliaison) April 27, 2022

Di bawah polisi baru Google ini juga akan membenarkan pengguna membuang informasi tambahan lain yang dipaparkan dari hasil carian yang berisiko untuk kes-kes kecurian identiti seperti info sulit log masuk.

Google menjelaskan, apabila mereka menerima permohonan dari pengguna untuk membuang info dari hasil carian, mereka akan menilai semua kandungan dari laman sesawang bagi memastikan mereka tidak menghadkan informasi lain yang berguna seperti di dalam artikel baharu.

Mereka juga akan menilai data dari rekod umum serta laman sesawang Kerajaan di mana Google tidak akan membuang data-data dari laman-laman tersebut.

Sungguhpun begitu Google menyatakan, walaupun mereka membuang data-data yang dipohon pengguna dari hasil carian, tetapi itu tidak bermakna ia dibuang sepenuhnya dari dalam internet.

Ini kerana ia masih tetap ada di dalam hos pelayan sesebuah laman sesawang itu.

Jadi, untuk membuang sepenuhnya data-data peribadi mereka dari sesebuah laman sesawang, pengguna tetap perlu menghuungi terus pihak ynag menguruskan hos pelayan itu sendiri.

Sumber: Google

Baca juga:

  • Ada 4 Tanda Ini Di Telegram? ‘Confirm’ Anda Kena ‘Block’
  • Cara Hentikan Notifikasi Kenalan Baru ‘Join’ Telegram
  • Cara ‘Compress’ Saiz Gambar Dengan Mudah Guna Telegram
  • Sering Dimasukkan Ke Grup Tidak Diingini Di Telegram? Ini Penyelesaiannya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY