Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tele Wide

Cara Hentikan Notifikasi Kenalan Baru ‘Join’ Telegram

Diterbitkan Februari 8, 2021 · Dikemas kini September 29, 2022 oleh Amsyar Latif

Baru-baru ini, Telegram kian mendapat perhatian pengguna di dunia disebabkan tidak mahu menggunakan WhatsApp.

Namun, terdapat satu perkara yang merimaskan buat pengguna yang lama apabila menerima notifikasi kenalan yang baru memasang atau ‘join’ aplikasi Telegram.

Oleh itu, di sini kami ingin kongsikan bagaimana untuk menghentikan notifikasi tersebut dengan beberapa langkah yang sangat mudah.

Pertama sekali, buka aplikasi Telegram dan pergi ke settings. Klik pada tetapan notifications and sounds.

Cara Hentikan Notifikasi Kenalan Baru ‘Join’ Telegram

Tatal sehingga ke bawah dan terdapat new contacts. Kemudian, anda perlu tutup (off) pada tetapan ini.

Cara Hentikan Notifikasi Kenalan Baru ‘Join’ Telegram

Menerusi cara ini, anda tidak akan lagi menerima notifikasi setiap kali terdapat kenalan anda yang baru menggunakan Telegram.

Akan tetapi, ia masih memaparkan kenalan baru menyertai Telegram pada bahagian perbualan atau chats. Untuk menghentikan pemberitahuan ini selamanya, ikuti langkah ini pula:

Sekali lagi pergi ke settings. Klik privacy and security.

Cara Hentikan Notifikasi Kenalan Baru ‘Join’ Telegram

Bagi pengguna iOS, tatal ke bawah dan pilih data settings. Manakala pengguna Android, anda hanya perlu menatal ke bawah dan akan terpapar bahagian contacts.

Cara Hentikan Notifikasi Kenalan Baru ‘Join’ Telegram

Klik delete synced contacts dan off pada bahagian sync contacts serta suggest frequent contacts.

Cara Hentikan Notifikasi Kenalan Baru ‘Join’ Telegram

Dengan ini, tiada lagi notifikasi pada aplikasi dan tiada lagi pemberihatuan di bahagian chats. Malah, cara ini juga disarankan oleh Telegram sendiri.

Hmm. It's likely this is from the automatic sync finding people you don't realize are in your phone contacts. You can delete synced contacts in Privacy and Security > Data Settings > Delete Synced Contacts. If it keeps happening, try the in-app support. Settings > Ask a Question.

— Telegram Messenger (@telegram) June 22, 2019

Bagaimanapun, sedikit peringatan, kalau anda menetapkan untuk tidak berkongsi kenalan (contacts) seperti “deleted sync contacts”, tutup “sync contacts” dan “suggest frequent contacts”, anda akan menghadapi sedikit kesukaran apabila mahu memulakan perbualan baharu.

Jika mahu mulakan perbualan baharu juga, anda perlu membuat carian kenalan anda menggunakan “username”. Itu pun kalau mereka dah tetapkan “username”. Dan kalau mereka tak ada “username” dan tidak berkongsikan nombor telefon di Telegram, anda tidak dapat mencari kenalan anda.

Berkaitan

  • Telegram Premium Dilancar, Sekitar RM22 Sebulan Dengan Ciri Baharu
  • Pengasas Telegram Dedah Punca Apple Lambat Lepaskan Kemas Kini Aplikasi Itu
  • Satu Lagi Ciri Daripada Telegram Diuji Pada WhatsApp

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
  • Teknologi Mikroskop Digital Tanpa Kanta Mata Atasi Masalah Keletihan Dalam Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
©2026 WISER.MY