Sehubungan dengan itu, Google telah membangunkan satu perisian berlandaskan kecerdasan buatan(AI) yang akan membantu dalam mengesan imej berkaitan pedofil dengan lebih pantas.
Alatan yang digelar Content Safety API itu akan membolehkan syarikat atau organisasi untuk mengesan dan seterusnya mengasingkan imej-imej berkenaan daripada dilihat oleh lebih ramai orang.
Kredit : The Independent UK
Ia sekaligus akan membolehkan imej itu dibawa keluar dengan seawal mungkin. Ini amat penting bagi mengelakkan mangsa merasai lebih tekanan seperti rasa malu atau dipandang hina masyarakat pada masa hapadan.
Peggunaan alatan ini akan dibekalkan secara percuma oleh Google kepada mana-mana pihak yang berminat utuk menggunakannya. Perkara ini disambut baik oleh Internet Watch Foundation yang melihat ia akan membantu dalam usaha menjadikan internet sebagai 'tempat' yang lebih selamat.
Sebelum ini, beberapa buah negara telah menyatakan pendirian mereka untuk bersama-sama memerangi jenayah pedofilia ini. Malaysia juga turut terlibat apabila Polis DiRaja Malaysia(PDRM) telah menubuhkan satu unit khas, Unit Siasatan Jenayah Internet Terhadap Kanak- Kanak (MICAC) bagi mengesan mereka yang mengakses kandungan berkaitan pornografi kanak-kanak di Malaysia.
Sumber
Berkaitan
- Samsung Tawarkan Panel Paparan Boleh Lipat Mereka Kepada Apple & Google
- Fungsi Baharu Google Play Store Bolehkan Pengguna Semak Ruangan Kosong Pada Simpanan Dalaman Peranti
- Google Bakal Perkenalkan Edisi Ringan Bagi Android Pie Musim Luruh Ini
- Movado Berkerjasama Dengan Google Untuk Memperkenalkan Jam Pintar Mereka Sendiri
- Google Keluarkan Senarai 10 Peranti Android Terbaru Yang Menyokong ARCore
- Instagram Telah Mencapai 1 Bilion Muat Turun di Google Play
- Google Umumkan Google Clasroom versi terbaru
- Google Sekali Lagi Disaman Kesatuan Eropah(EU), Menjadikan Jumlah Saman Keseluruhan RM38 Bilion
- Google Home Akan Menjadi Pesaing Utama Amazon Echo
- Lebih 200 Aplikasi Di Google Play Store Mengandungi "Adware"