Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
google drive scanner

Google Drive Kini Perkenal Ciri ‘Enhance’ Untuk Pengimbas Dokumen Pada Aplikasi Android

Diterbitkan Disember 16, 2024 ยท Dikemas kini Disember 16, 2024 oleh Rushsyafizal

Google Drive kini memperkenalkan ciri baharu, enhance, untuk pengimbas dokumen pada aplikasi Android.

Diumumkan dalam Pixel Feature Drop Disember, fungsi ini membolehkan pengguna mendapatkan hasil imbasan yang lebih berkualiti secara automatik, tanpa memerlukan penyuntingan manual.

Ciri Enhance boleh diaktifkan pada skrin pratonton selepas dokumen diimbas, dengan klik ikon berbentuk kilauan (sparkle). Ia akan melakukan pelbagai penambahbaikan seperti pembetulan white balance, pengurangan bayang, peningkatan kontras, ketajaman automatik, dan penambahbaikan pencahayaan.

Google Drive Kini Perkenal Ciri ‘Enhance’ Untuk Pengimbas Dokumen Pada Aplikasi Android

Fungsi ini sangat sesuai untuk dokumen seperti resit, kad pengenalan, atau dokumen bercetak lain, menghasilkan imej akhir yang lebih jelas dan rata.

Sebelum ini, Google Drive telah menaik taraf pengimbas dokumen dengan mod Auto Capture, alat Crop & Rotate, fungsi Clean untuk menghapuskan kotoran atau bayang, serta penambahan sokongan simpanan dalam format JPEG dan penapis hitam putih.

Ciri Enhance sedang dilancarkan secara berperingkat kepada pengguna Google Workspace, pelanggan Workspace Individual, dan akaun peribadi Google, dengan pelancaran penuh dijangka selesai dalam beberapa minggu akan datang.

Berkaitan

  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • HUAWEI Bakal Lancar Mate X6 Minggu Ini
  • Apple Dilapor Sedang Bangunkan Magic Mouse Baharu
  • Dbrand Kongsikan Maklumat Rekaan Nintendo Switch 2
  • Pixel 10 Dilapor Akan Guna Modem MediaTek

Sumber: Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY