Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Bos Kripto Thodex Dijatuhi Hukuman Penjara Lebih 11 Ribu Tahun

Bos Kripto Thodex Dijatuhi Hukuman Penjara Lebih 11 Ribu Tahun

Diterbitkan September 11, 2023 · Dikemas kini September 11, 2023 oleh ariff bukhari

Faruk Fatih Ozer, yang menjalankan pertukaran matawang krypto Thodex sehingga ia lingkup pada 2021 telah dijatuhi hukuman penjara selama 11,196 tahun oleh mahkamah Turki.

Hukuman itu dikenakan atas pelbagai jenayah termasuk penipuan.

Ozer, seorang pelajar yang tercicir dari sekolah menengah mengasaskan Thodex pada 2017 dan melarikan diri ke Albania selepas Thodex terkubur.

Mahkamah di Istanbul turut menjatuhkan hukuman penjara yang sama kepada Ozer dan dua adik-beradiknya selepas mereka didapati bersalah atas penipuan yang lebih teruk, mengetuai organisasi jenayah dan pengubahan wang haram.

Jumlah kerugian yang dialami pelabur apabila Thodex runtuh masih tidak jelas. Dakwaan pendakwa menganggarkan mereka pada 356 juta lira (~RM62 juta).

Tetapi media Turki telah melaporkan angka setinggi $2 bilion (~RM9.3 bilion).

Satu kajian oleh Chainalysis pula menganggarkan nilai mata wang kripto yang hilang di Thodex adalah pada $2.6 bilion (~RM12 bilion).

Ozer yang dilihat di mahkamah dilaporkan tidak menunjukkan sebarang reaksi menyesal sebaliknya dia berkata “Saya cukup bijak untuk memimpin mana-mana institusi di Bumi, Itu terbukti dalam syarikat yang saya tubuhkan pada usia 22 tahun ini. Saya tidak akan bertindak begitu amatur jika ini adalah organisasi jenayah.” Agensi Anadolu yang dikendalikan kerajaan memetik Ozer berkata di mahkamah.

Berkaitan

  • Kemas Kini Segera iPhone Anda, Apple Isu Eksploitasi iOS Aktif Berlaku
  • Storan 'Server' Penuh, Toyota Hentikan Operasi 12 Kilang Pemasangan Kereta
  • Akibat Vandalisme, Sebuah Lagi Menara Komunikasi Rosak

Sumber: The Seattle Times

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY