Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Fahmi Fadzil_11

Telefon Pintar Pakej 5G RAHMAH Tiba Minggu Ini

Diterbitkan September 11, 2023 oleh ariff bukhari

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, memaklumkan bahawa telefon pintar Pakej 5G RAHMAH akan tiba di Malaysia minggu ini.

Ia melibatkan sejumlah 47,000 unit telefon pintar dari jenama Samsung dan Honor dengan model yang ditawarkan adalah Samsung Galaxy A14 5G dan Honor 90 Lite 5G.

Sebelum ini telah dilaporkan bahawa KKD akan memantau pengagihan unit telefon pintar itu ke semua pusat pengedaran syarikat perkhidmatan telekomunikasi (Telco) bagi memastikan 47,000 unit telefon pintar itu mencukupi.

Pakej 5G RAHMAH mula ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia bermula 31 Ogos 2023 dengan kontrak langganan selama 24 bulan.

5 Syarikat telekomunikasi terlibat dalam menawarkan Pakej 5G RAHMAH iaitu CelcomDigi, Yes, Maxis, U Mobile dan Unifi.

Menerusi Pakej 5G RAHMAH, kesemua harga pelan langganan yang ditawarkan adalah berharga tidak lebih daripada RM60/bulan.

Sumber: Bernama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Pakej 5G Rahmah: B40 Boleh Beli Telefon 5G Untuk RM120 Sahaja
  • Ini Perbandingan Pakej 5G RAHMAH Paling Berbaloi
  • KKD Pantau Agihan 47,000 Unit Telefon Pintar Pakej 5G RAHMAH

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY