Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Epic Games_

Epic Games Dakwa Samsung, Google Berpakat Sekat Persaingan Dalam Pengedaran Aplikasi

Diterbitkan Oktober 1, 2024 ยท Dikemas kini Oktober 1, 2024 oleh Amalina Athman

Pembangun permainan video Fortnite, Epic Games pada Isnin memfailkan saman terhadap Google dan Samsung, mendakwa kedua-dua syarikat itu “bersubahat secara haram” untuk menyekat persaingan dalam pengedaran aplikasi.

Yang menjadi isunya ialah ciri Samsung Auto Blocker, direka untuk menghalang peranti Galaxy daripada memasang aplikasi daripada sumber yang tidak dibenarkan. Diaktifkan secara default, pengguna yang cuba memasang aplikasi daripada sumber tidak diketahui atau tidak dibenarkan, akan menerima amaran pop up yang memberitahu bahawa pemasangan telah dihalang.

Walau bagaimanapun, Epic mendakwa bahawa ciri keselamatan itu “sengaja dibuat” dengan tujuan menggugat keputusan tuntutan mahkamah Epic Games melawan Google, di mana juri sembilan ahli bersetuju bahawa Google mempunyai monopoli gedung aplikasi dan perjanjian Google dengan OEM adalah bersifat anti-persaingan.

Menerusi laporan Reuters, CEO Epic Games Tim Sweeney berkata,

Ini mengenai persaingan yang tidak adil dengan mengelirukan pengguna untuk menganggap produk pesaing adalah lebih rendah daripada produk syarikat itu sendiri. Google berpura-pura untuk memastikan pengguna selamat mengatakan anda tidak dibenarkan memasang aplikasi daripada sumber yang tidak diketahui. Nah, Google tahu apa itu Fortnite kerana mereka telah mengedarkannya pada masa lalu.

Lanjutan itu, Epic meminta mahkamah melarang kelakuan Samsung dan Google yang tidak adil dan anti-persaingan, serta mengarahkan Samsung untuk menghapuskan Auto Blocker secara default dan membolehkan persaingan.

Respons Google dan Samsung

Google dalam kenyataannya berkata tuntutan Epic adalah “tidak berbaloi”. Pembuat peranti Android sebaliknya “bebas mengambil langkah mereka sendiri untuk memastikan pengguna selamat dan terjamin.

Sementara Samsung juga menegaskan pihaknya merancang untuk bersungguh-sungguh menentang dakwaan tidak berasas Epic Games.

“Ciri-ciri yang disepadukan ke dalam peranti direka mengikut prinsip teras keselamatan, privasi dan kawalan pengguna Samsung, dan kami tetap komited sepenuhnya untuk melindungi data peribadi pengguna,” kata Samsung dalam kenyataan itu, sambil menambah bahawa pengguna mempunyai pilihan untuk melumpuhkan Auto Blocker pada bila-bila masa.

Berkaitan

  • Rasmi, Epic Games Kini Ditawar Di Peranti Android, Ini Cara Dapatkannya
  • Windows 11 Kini OS Paling Popular Untuk Permainan PC
  • Senarai Permainan Yang Dioptimumkan Untuk PS5 Pro
  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas

Sumber: Reuters, Epic Games

Gambar utama: PCMag

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY