Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
fortnite dibuang

Aplikasi Fortnite Dibuang Dari App Store Dan Play Store, Epic Games Kemukakan Tuntutan Saman

Diterbitkan Ogos 14, 2020 · Dikemas kini Ogos 14, 2020 oleh Amalina Athman

Baru sahaja disenaraikan pada April lalu, aplikasi Fortnite kini telah dibuang dari Google Play Store. Lebih buruk, Apple terlebih dahulu mengambil tindakan yang sama dengan membuang aplikasi itu dari App Store.

10 Permainan Video Paling Berpengaruh Dalam Sedekad Ini

Menurut Apple, Epic Games sebagai pembangun Fortnite telah melanggar garis panduan App Store yang terpakai untuk setiap pembangun. Ia susulan tindakan syarikat itu yang telah menambah sistem pembayaran mereka sendiri.

Google turut mengambil tindakan yang sama dan membuang permainan battle royale tersebut. Bagaimanapun, pengguna Android masih boleh memuat turun aplikasi Fortnite dengan menggunakan platform pihak ketiga. Pengguna iOS yang telah memuat turun aplikasi Fortnite pada App Store juga masih menerima akses permainan itu dan hanya muat turun baru yang tidak akan tersedia.

Epic Games has filed legal papers in response to Apple, read more here: https://t.co/c4sgvxQUvb

— Fortnite (@Fortnite) August 13, 2020

Dalam pada itu, Epic Games telah mengemukakan tuntutan saman kepada Google dan Apple. Dalam tuntutan tersebut, Epic mendakwa sekatan pembayaran tersebut adalah kawalan monopoli terhadap pengedaran perisian telefon dan sistem pembayaran dalam perisian tersebut.

Epic turut menyatakan syarikat itu tidak menuntut wang pampasan. Sebaliknya, meminta injunktif untuk membolehkan persaingan yang adil dalam App Store dan Play Store.

Sumber: The Verge

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY