Google dan Facebook Mungkin Jejak Pelayaran Pornografi Anda

Jangan terkejut jika anda seorang yang selalu melayari laman pornografi, kerana Google dan Facebook kini boleh mengesan pelayaran anda di laman berkenaan. Mampu mengakses pornografi di internet mungkin mudah, tetapi menurut penyelidik, ianya berisiko tinggi dari segi keselamatan.

Penyelidik di Microsoft, Carnegie Mellon University dan University of Pennsylvania telah menganalisis 22,484 laman lucah dan mendapati bahawa 93% pengguna data bocor kepada pihak ketiga. Biasanya, untuk perlindungan tambahan semasa melayari web, pengguna mungkin akan beralih ke mod inkognito. Tetapi, penyelidik berkata, mod inkognito hanya memastikan bahawa sejarah penyemakan imbas anda tidak disimpan di komputer anda.



Menurut satu kajian yang dikeluarkan, Google adalah syarikat pihak ketiga yang menduduki tempat pertama. Penyelidik mendapati bahawa Google, atau salah satu anak syarikatnya seperti platform pengiklanan DoubleClick, mengesan 74% laman web pornografi manakala Facebook mengesan 10% daripada laman web tersebut.

Menurut penyelidik lagi,

"Di AS, banyak platform pengiklanan dan hosting video yang melarang kandungan 'orang dewasa'. Sebagai contoh, Google YouTube adalah tuan rumah video terbesar di dunia, tetapi tidak membenarkan pornografi,". "Walau bagaimanapun, Google tidak mempunyai dasar yang melarang sebarang laman web dari menggunakan pengaturcaraan kod mereka (Google API) atau (Google Analytics). Oleh itu, walaupun Google bukan pemapar utama pornografi, tetapi Google tidak mempunyai batasan untuk melihat penggunaan laman porno oleh pengguna tanpa pengetahuan mereka. "