Berita baik buat para pengguna Iphone apabila menurut satu laman teknologi 9To5Mac, apabila mereka boleh menyimpan gambar dengan kualiti asal pada aplikasi Google Photos tanpa limit kerana aplikasi itu mengalami masalah "format loophole" iaitu tidak dapat mengurangkan kualiti gambar format HEVC.
Menurut salah seorang pengguna Reddit iaitu stephenvsawyer, para pengguna Iphone yang menggunakkan gambar dengan format HEIC/HEVC boleh menikmati penyimpanan gambar dengan kualiti asal tanpa limit kerana jika Google ingin mengurangkan saiz gambar berkenaan, saiz gambar tersebut akan meningkat.
Namun begitu, para pengguna Iphone perlu menukar format gambar terlebih dahulu di dalam Setting > Camera > Formats dan menetapkan imej pada kualiti "high efficiency" dengan format HEIF/HEVC.
Bagi video pula, Google Photos hanya mampu menyimpan video dengan kualiti 1080p sahaja dan tidak berlaku sebarang loophole kepada penyimpanan video. Setakat ini juga belum ada lagi cara untuk menyimpan gambar dengan kualiti asal tanpa limit bagi pengguna Google Pixel 4 dan gambar pada peranti tersebut tidak boleh disimpan dalam format HEIC/HEVC seperti Iphone.
Oleh itu, ia merupakan satu berita gembira buat para pengguna Iphone terutamanya yang mempunyai storan yang kecil seperti 32GB dan 64GB kerana kini, anda boleh menjimatkan ruang peranti dengan menyimpan pada aplikasi Google Photos.
Sumber : 9TO5Mac
Berkaitan
- Skrin Iphone 11 Pro Max Dinobatkan Sebagai Paparan Terbaik Oleh DisplayMate
- Xiaomi Mi Note 10 Pro Menewaskan Iphone 11 Pro Max Dalam Ujian Ketahanan Bateri
- Google dan Facebook Mungkin Jejak Pelayaran Pornografi Anda
- iPhone SE 2 Berkemungkinan Akan Dikenali Dengan Nama “iPhone 9”
- Beberapa Gambar Dari Kamera Google Pixel 4 Sudah Mula Tersebar
- iPhone 11 Berjumlah Lebih RM 475,000 Telah Dicuri Di Dalam Sebuah Kereta Di Oregon
- A13 Bionic, Rahsia Di Sebalik Kehebatan Bateri Iphone 11 Pro Max
- Diperli "Baik Pergi Umrah" Kerana Membeli iphone 11, Rupanya Seorang Doktor Pakar
- Switch Melanjutkan Promosi Program Pertukaran Bateri Iphone
- Google Pixel 3A Dinobatkan Sebagai Peranti Paling Lasak Dalam Anugerah Ketahanan Peranti JerryRigEverything