Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Beberapa Gambar Dari Kamera Google Pixel 4 Sudah Mula Tersebar

Beberapa Gambar Dari Kamera Google Pixel 4 Sudah Mula Tersebar

Diterbitkan Oktober 8, 2019 · Dikemas kini Oktober 8, 2019 oleh irfan suhaimee

Terkenal dengan gelaran “King Of Smartphones Camera” oleh beberapa pengulas gajet, Google Pixel dilihat akan melancarkan peranti terbarunya iaitu Google Pixel 4 pada minggu hadapan di New York. Oleh kerana pelancaran peranti ini bakal berlangsung tidak lama lagi, sebuah laman web teknologi iaitu 9to5Google telah memuatnaik beberapa gambar yang dipercayai hasil dari kamera Google Pixel 4.

Beberapa Gambar Dari Kamera Google Pixel 4 Sudah Mula Tersebar

Beberapa Gambar Dari Kamera Google Pixel 4 Sudah Mula Tersebar

Imej Oleh : 9to5Google

Imej di atas menunjukkan hasil dari potrait kamera hadapan Google Pixel 4 dan dilihat subject seperation, depth effect dan sharpness bagi imej ini amat mengagumkan.

Beberapa Gambar Dari Kamera Google Pixel 4 Sudah Mula Tersebar

Beberapa Gambar Dari Kamera Google Pixel 4 Sudah Mula Tersebar

Imej Oleh: 9to5Google

Seterusnya ialah imej potrait dengan menggunakan kamera utama Google Pixel 4. Dilihat imej ini juga mempunyai keupayaan yang menakjubkan di mana ia mempunyai warna yang balance tidak terlalu cool atau warm dan ia kelihatan seperti mengambil gambar menggunakkan DSLR. Dari segi depth effect juga amat cemerlang apabila ia mampu mengekalkan bentuk rambut gadis berambut afro tersebut.

pixel-4-camera-sample-dog-1 (1)

pixel-4-camera-sample-action-shot (1)

Imej Oleh: 9to5Google

Seterusnya ialah bagi gambar biasa di mana Google menunjukkan keupayaan Pixel 4 dalam menghasilkan imej yang mempunyai Dynamic Range yang tinggi. Ia mampu untuk mengekalkan warna subjek walaupun dalam situasi backlight dan seterusnya google juga menunjukkan keupayaan shutter speed peranti ini dengan mampu mengekalkan objek yang bergerak.

Beberapa Gambar Dari Kamera Google Pixel 4 Sudah Mula Tersebar

pixel-4-camera-sample-night-sight-3 (1)

Imej Oleh: 9to5Google

Dan yang terakhir, Google juga menunjukkan penambahbaikan “night mode” di mana Pixel 4 mampu menghasilkan imej pada keadaan kurang cahaya dengan mampu mengekalkan sharpness dan mengurangkan noise.

Google Pixel 4 dijangka hadir dengan cipset Snapdragon 855, skrin 5.7 inch bagi Google Pixel 4 dan 6.4 inch bagi Pixel 4XL. Ia juga dijangka hadir dengan 6GB RAM dan bateri berkapasiti 2,800 mAh bagi Pixel 4 dan 3,700 mAh bagi Pixel 4XL. Ia juga dijangka bakal hadir dengan sensor baru pada kamera hadapan yang membolehkan pengguna mengawal peranti dengan menggunakkan hand gesture dan bakal mempunyai 3D Face Unlock seperti Iphone 11.

Dengan tersebarnya imej ini, dijangka ia bakal bersaing dengan siri Iphone 11 yang akan melancarkan fungsi Deep Fusion pada kemaskini ios 13.2 tidak lama lagi.

Sumber: 9to5Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY